Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 Ogos 2018

Hantu Kak Limah Best Tak?

 

Korang pernah tengok cerita Zombie Kampung Pisang dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah tak? Mesti korang pernah tengok kan? Tipu sangat kalau korang tak pernah tengok walaupun sekali.  Bagi aku,  dua cerita ni kalau tengok banyak kali pun masih boleh tergelak lagi dengan lakonan yang spontan dan dialog yang korang akan ingat sampai bila-bila.


Okay,  selepas beberapa tahun,  Mamat Khalid sekali lagi keluarkan sekuel kepada Kampung Pisang dengan filem Hantu Kak Limah (HKL)   Best ke? Tengok trailer macam best kan? Baru ni aku ke tayangan perdana HKL dekat eCurve.  Kebetulan saja aku nak rehat sama sambil lepas tension.


Bagi aku,  Mamat Khalid berjaya mengekalkan elemen-elemen komedi dalam sekuel Kampung Pisang ni dengan sedikit pembaharuan dari segi pelakon dan jalan cerita.  Kalau sebelum ni,  Awie boleh dilihat sebagai tonggak utama,  tapi dalam HKL,  aku tengok macam watak Awie  ni kurang sikit dan fokus hanya diberikan kepada Khuda dan Kak Limah.  Iya la,  sebab HKL berkisarkan tentang hidup Kak Limah dan Khuda.  Cuma bagi aku,  watak Awie ni macam kureng sikit. Tapi,  kemunculan watak-watak lain macam Ropie,  Zul Ariffin,  Jue Aziz,  Sabri Yunus, Delimawati dan pelakon lain mantapkan lagi cerita ni. 

Permulaan cerita bagi aku, 10 minit pertama macam agak boring tapi lepas tu,  memang gelak gila-gila dengan scene-scene yang memang kelakar habis.  Elemen seram tu ada dan lebih terasa berbanding dengan Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.  


Walaupun aku rasa untuk filem HKL ni tak ada skrip yang boleh diingat penonton berbanding sekuel sebelum ni macam 'kite bakor', 'itu la pentingnya English Education',  tapi filem ni masih mengekalkan elemen komedi seram yang sangat best. 

Tapi yang paling aku suka,  bab sindiran dalam filem ni.  Kalau nak dibandingkan dengan sekuel filem sebelum ni,  penonton kena berfikir lama sikit untuk dapat mesej dan siapa yang disindir,  tapi untuk HKL,  memang korang boleh dapat direct apa dan siapa yang disindir.  Hahahaah... Itu memang aku suka.  


Apa yang aku tengok jugak,  Mamat Khalid cuba 'menghidupkan' kembali beberapa watak dari filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.  Itu apa yang aku perasan la.  Mungkin aku silap.  

By the way,  kemunculan beberapa pelakon cameo dalam ni memang best.  Contohnya Datuk Seri Vida,  Erra Fazira (siap throwback kisah lama lagi)  dan watak lain memang best,  kalau tak,  orang tak bersorak la dalam panggung tu.  


Kalau dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ni Kak Limah adalah orang gila,  tapi dalam HKL, Kak Limah ni betul-betul dah mati. Tapi still,  Kampung Pisang diganggu dengan Kak Limah. Tapi kenapa? Kak Limah ni bela hantu ke? Macam mana Hussin,  Khuda, Nayan ni nak selesaikan masalah Hantu Kak Limah yang betul-betul hantu ni? Ke Hussin akan dapat bantuan dari Eton? Siapa Eton? Hermm... Nak tahu? Korang kena ke pawagam terdekat pada 9 Ogos ni untuk tahu kesudahan cerita HKL ni.  Confirm korang akan pecah perut punya.  Untuk filem ni,  aku bagi 9/10 bintang.  Mencapai piawaian aku untuk filem komedi seram sebab lawak dia bukan lawak bodoh yang nampak dibuat-buat. 

Satu lagi persoalan aku,  bila Kampung Pisang ni nak aman? Lepas Kak Limah dah tak ada,  ada lagi ke sekuel Kampung Pisang ni? 

7 ulasan:

azni berkata...

hahaha mmg citer mamat khalid ni berantu ... mesti best kan citer nih ...

ina berkata...

jawapannya.. kampung pisang tu tak akan aman selagi ada tanaman bernama pisang di situ. Ehehehehe.. okay,tak lawak. Btw,tak sabar nak tengok.Haritu tengok triller je.. menarik

qaseh dalia berkata...

Fir pun macam kak limah

Izanalia berkata...

Hahahaha... Kampung Pisang ni tak aman aman kan.. asyik kena kacau jee... #PrayForKampungPisang

Nina Mirza berkata...

Huishhh.... Nak tengok nanti...!!
Favorite kita citer ni.

mas saari berkata...

Tak sabar nak tengok.

Siti Yang Menaip berkata...

zombie kampung pisang tengok.. HKL ni xdak geng lagi nak pegi tengok. hehe tengok kawan2 pun kasi response best2..