Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 Ogos 2018

Dengarlah Dari Sesiapa Yang Bercakap

Alkisahnya,  hari ni bila aku buat Grab,  aku dapat sorang penumpang yang agak ramah.  Dari awal naik dia ajak menyembang.  Bila dia nampak aku macam penat,  dia tanya la serba sikit background aku dan aku pun bagitahu yang aku akan tamatkan zaman bujang aku tak lama lagi.  


Bila aku cakap je,  terus dia suruh aku stop dulu buat Grab untuk sebulan ni supaya aku dapat rehat yang cukup. Iya la,  dia cakap,  dengan kerja hakiki aku lagi,  lepas tu buat Grab lagi,  boleh nampak aku ni macam penat sikit.  Katanya,  duit tu boleh cari bila-bila.  Masa rehat tu yang penting.  Tambah dengan nak kahwin lagi.  So,  perlukan rehat yang cukup.  

Walaupun berbeza latarbelakang agama,  dia cakap, mungkin Tuhan dah takdirkan dia untuk jadi penumpang aku dan nasihatkan aku untuk dapat rehat yang cukup.  Aku terima.  Iya la,  untuk terima nasihat,  tak perlu kot terima nasihat dari orang yang sebangsa dan seagama dengan kita.  Dari sesiapa pun boleh terima nasihat asalkan membawa kebaikan.  


Hatta,  kalau terima nasihat dari perompak dan pelacur sekalipun,  kalau nasihat tu berguna dan bagi kebaikan dekat diri sendiri,  terima la dengan hati yang terbuka.  Kalau bukan untuk orang lain pun,  fikir untuk diri sendiri. 


Kadang-kadang kita ni tak sedar sampai la ada orang yang menegur kita.  Jadi,  bukalah pintu hati dam fikiran untuk terima teguran dan nasihat dari orang lain.  

Tiada ulasan: