Life Is A Drama..

Logo KBBA

21 Ogos 2018

Dah Bertukar Status

Alhamdulillah,  syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya,  tanggal 18.8.2018 jam 9.40 pagi aku dah selamat bergelar seorang suami kepada Nor Afiqah Binti Abdul Razak.  Perkenalan yang bermula atas bantuan seorang kenalan akhirnya berjaya ke jinjang pelamin.  Tak sangka sebenarnya aku.  Hehehe... Nanti aku cerita macam mana cara aku berkenalan.  Mungkin biasa-biasa, tapi luar biasa bagi aku. 

Alhamdulillah,  aku dah selamat bernikah yang diakadkan oleh abah mertua sendiri dekat Masjid Al Bakri,  Bukit Naga,  Shah Alam.  Semuanya berjalan lancar dan dengan sekali lafaz.  Perasaan masa tu? Bercampur baur.  Rasa macam tak percaya, tapi teruja.  Takut pun ada jugak.  Tapi bila saksi kata 'sah'  ja,  hilang rasa gemuruh tapi dalam masa yang sama,  rasa takut jugak. Tapi insya Allah semoga semuanya dipermudahkan. 

Terima kasih aku ucapkan dekat keluarga aku yang datang jauh dari kampung,  keluarga mertua,  kawan-kawan baik aku, sedara mara yang sanggup datang untuk majlis aku ni.  Doakan semoga perkahwinan ni kekal bahagia hingga ke jannah.  

Aku bernikah dan kenduri sebelah perempuan pada hari sama.  Memang penat sikit,  tapi puas hati sebab semuanya berjalan lancar.  Cacat sikit-sikit tu biasa la kan? Mana ada yang sempurna.  

Tiada ulasan: