Life Is A Drama..

Logo KBBA

04 Ogos 2018

Burger Warisan Sijangkang

Sekarang ni,  dah bermacam-macam kedai burger ada.  Tak kisah la gerai burger biasa yang tepi jalan tu ke,  kedai burger hipster ke,  semuanya banyak sediakan menu yang lain dari yang lain.  Tapi yang bezakan,  sos dan patty tu sendiri. 


Baru ni aku  ke Sijangkang sebab nak lepak dengan kawan-kawan sekolah aku.  Jauh jugak la aku rasa nak ke sana. Dekat sejam kalau dari Damansara Perdana ni.  

Kami terus ke Burger Warisan Sijangkang ni sebab malas nak berjumpa kat mana-mana.  Lagi pun,  senang cari kedai ni.  Dekat Waze pun ada.  Kedai ni recommended oleh kawan aku sebab dia memang tinggal kat sini dan dah lama jugak la dia ajak ke sini,  cuma malas ja nak ke sana.  Hahahaha.. 


Okay sampai ja kedai,  terus dapat buku menu dan kawan aku cakap,  burger dan makanan western dia memang menarik.  Terus aku tengok senarai menu untuk burger dan makanan western dia. Dan fokus aku cuma burger sebab kawan aku dah bagitahu,  patty tu dibuat sendiri. 

Nama burger dan gambar macam menarik.  Korang boleh pilih a la carte atau set (sekali fries).  Harga? Aku rasa tak mahal sangat.  Cuma kalau set tu,  aku prefer sekali dengan air walaupun sekadar teh o ais.  Kalau pilih set,  korang cuma akan dapat burger dan fries je.  


Aku order Hot Tasty Burger,  Safuan order Ramen Burger dan Sharill order Yee Mee sizling dan Jalut Burger (patty bersalut telur). 


Aku suka patty dia sebab tak terlalu kering dan tak terlalu bertepung.  Just nice orang cakap.  Sos dia, selain dari sos cili dan blackpepper,  aku rasa ada 1 sos lagi yang aku tak pasti apa.  Heheheh.... Not bad la for the whole burger.  

Untuk Ramen Burger,  roti digantikan dengan ramen (mee segera)  tapi rasa dia kosong gila.  Mungkin kurang bahan perasa tu atau mungkin jugak dibuat macam tu so boleh dimakan dengan sos.  Aku dah try cicah dengan sos,  but still rasa kosong.  Not recommend for me.  

Sizzling Yee Mee,  boleh tahan rasa dia. Untuk penggemar sizzling,  aku cadangkan korang rasa dulu dekat sini.

Lagi satu,  apa yang aku perasan,  ada khidmat delivery dekat Burger Warisan Sijangkang ni.  Mungkin untuk penduduk setempat. 

REVIEW :

KEDAI : Burger Warisan Sijangkang

Lokasi : Sijangkang,  Teluk Panglima Garang,  Selangor

Suasana : 7/10

Servis : 8/10

Menu : 7/10

Overall : 7/10 (Recommended) 

Tiada ulasan: