Life Is A Drama..

Logo KBBA

16 Julai 2018

Tentang ZY Phyto

Korang pernah dengar tak tentang ZY Phyto? Tambah lagi yang bergelar usahawan atau yang mula berjinak sebagai peniaga, aku rasa korang kena tahu tentang ZY Phyto. Jujurnya, aku sendiri tak pernah dengar tentang ZY Phyto ni, tapi bila dok tengok kawan-kawan bercerita tentang ZY Phyto, aku pun mula lah Google apa benda la ZY Phyto ni. Meh sini aku cerita sikit.

Untuk pengetahuan korang, ZY Phyto ni adalah sebuah syarikat Bumiputera yang mengendalikan pembuatan produk-produk kesihatan dan kecantikan. Haaa, untuk korang yang ada produk sendiri, syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu korang yang usahawan ini merealisasikan impian korang untuk memiliki jenama sendiri.

Untuk makluman korang, ZY Phyto ni bukannya sebuah syarikat scammer tau. Sebabnya ZY Phyto ni telah beroperasi sejak tahun 2007 dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2011 di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam.

Apa yang menarik perhatian aku, sewaktu ZY Phyto mula nak bertapak dalam industri, dorang hanya menggunakan modal sebanyak RM3,000 je. RM3,000 tau, bukan RM30,000 bukan RM300,000 tapi RM3,000. Dengan hanya mengendalikan mesin buatan secara manual pada masa tu, kini ZY Phyto telah memperoleh asset berbayar lebih dari RM30 juta. Siapa sangka kan, dengan modal RM3,000 kini dah miliki asset RM30 juta. Gila la…

Untuk pengetahuan korang, ZY Phyto ni diketuai oleh Encik Zaidi Yusoff sebagai CEO dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd.

Encik Zaidi Yusoff ni dikenali sebagai seorang yang telah menubuhkan syarikat multi-industri kecantikan dan kesihatan yang terbesar di Malaysia iaitu ZY Phyto Group of Companies. ZY Phyto sekarang dah semakin berkembang dan mengeluarkan pelbagai jenama. Manakala Puan Sharifah Ameelia Akma pula pernah dilantik sebagai Pengarah Sumber Manusia termuda di HYATT Hotel International dan HYATT International Group sebelum sertai ZY Phyto.

Haaa, ni aku nak cerita, ZY Phyto ni terdiri daripada ZY Manufacturing Sdn Bhd, ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd, ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd, ZY Academy Sdn Bhd, ZY Printpack Sdn Bhd, ZY Phyto Marketing Sdn Bhd, ZY Phyto East Coast Sdn Bhd, Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Emily's Cattery.

 

ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd - Pembuatan produk kesihatan yang berasaskan makanan herba dan produk kosmetik berkualiti tinggi dan  di dalam persekitaran yang bersih. Mengamalkan proses pengilangan yang baik (GMP) di mana semua proses pembuatan adalah jelas dan dikawal dengan rapi.

 

ZY Cosmetics Sdn Bhd - Dengan menginspirasikan produk antarabangsa, ZY Phyto mengeluarkan pelbagai produk kosmetik seperti minyak wangi, pomade, krim rambut dan juga alatan make up.

 

ZY Herbal Science Sdn Bhd @ Saudagar Herba - Membekalkan pelbagai herba yang berkualiti tinggi kepada pelanggan. Sama ada di dalam bentuk serbuk, ekstrak atau tumbuhan pada skala kecil sehingga besar di samping hub untuk produk siap dibeli.

 

ZY Academy Sdn Bhd - Menyediakan kumpulan pengurusan yang berpengalaman dan menyediakan program dan organisasi khusus yang direka khas.

 

ZY Printpack Sdn Bhd - Menawarkan perkhidmatan percetakan, pembungkusan semula, reka bentuk dan kemasan untuk kumpulan syarikat ZY Phyto.

 

ZY Phyto Marketing Sdn Bhd - Menyokong dalam membangunkan pasaran baru dengan menyediakan pengiklanan, penyelidikan pasaran, perancangan media, perhubungan awam serta strategi jualan.

 

ZY Phyto East Coast Sdn Bhd - Mengeluarkan produk berasaskan herba dan membuat penyelidikan dan perkembangan yang direka secara ilmiah di Pantai Timur, Malaysia.

 

Emily's Cattery - Usahawan kucing yang bijak dan menarik daripada gred A+++. Menyediakan tempat tinggal dan pembiakan untuk baka kucing.

 

Tapi apa yang menarik perhatian aku lagi, selain menumpukan dalam bidang perniagaan, ZY Phyto ni turut mempunyai yayasan dorang sendiri untuk membantu masyarakat. Terbaiklah…

 

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Sebuah komuniti organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan, pembangunan ilmu, latihan dan usahasama sahabat-sahabat secara istiqamah.

 

Produk ZY Phyto

Apa produk yang ZY Phyto ni keluarkan? Ke korang pun tak pernah dengar? Haaa, ni aku nak listkan untuk pengetahuan korang… Antara produk yang dikeluarkan adalah seperti produk cecair, serum, tiub, chewable table, tea bag, matte lip, bedak, sabun, krim, wangian, pomate dan juga semburan.

Produk yang ZY Phyto ni dirumus dan dicipta dalam persekitaran yang bersih dan menggunakan bahan mentah daripada herba tradisional. Apa yang best, setiap produk yang dihasilkan mengikuti langkah yang teliti untuk menjamin pelanggan mendapat hasil yang terbaik.

 

Bagi yang mula nak berniaga produk herba, kesihatan dan kecantikan, insya Allah korang boleh dapatkan di ZY Phyto. Dorang pun ada sediakan banyak perkhidmatan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana dalam merealisasikan impian semua pelanggan. Asyik cerita je kan tentang latarbelakang ZY Phyto ni, apa perkhidmatan yang dorang tawarkan?

 

Reka bentuk - Designer dari ZY Phyto dapat membantu mereka segala jenis pembungkusan yang korang idamkan.

 

Perkhidmatan makmal - Makmal ZY Phyto berfungsi sebagai pusat pembangunan produk di mana setiap produk akan dinilai untuk mengetahui secara menyeluruh nutrien dan kebersihannya.

 

Pembungkusan - Setiap produk akan dibungkus di dalam kotak yang direka dengan baik termasuk dengan brosur dan maklumat lain.

 

Pendaftaran produk - Pihak ZY Phyto akan membantu korang dari segi pendaftaran dan perundingan. Korang perlu berikan penerangan ringkas sahaja.

 

Pembangunan produk - Pihak ZY Phyto akan terlibat di dalam setiap peringkat perkembangan sesuatu produk daripada proses penciptaan sehinggalah ke penghantaran.

 

Percetakan - Dengan adanya pelbagai khidmat percetakan profesional akan memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan korang.

 

Logistik - Korang tak perlu risau memikirkan bagaimana untuk membawa pulang produk yang banyak kerana produk itu akan sampai di hadapan pintu rumah atau kedai korang.

 

Latihan dan rundingan - ZY Phyto menyediakan program latihan berterusan untuk kakitangan dan rundingan profesional akan diberikan satu per satu kepada prospek dan pelanggan.

 

Macam mana? Dah dapat idea ke untuk mulakan perniagaan korang dengan produk korang sendiri? Kalau perlukan sebarang nasihat dan tunjuk ajar, korang boleh ke Galeri Jualan ZY Phyto. Nak mudah lagi, korang juga boleh buat appointment dengan pihak ZY Phyto dan berbincang tentang produk yang korang nak keluarkan. Korang akan diberi banyak pilihan produk seperti makanan, kesihatan, the, kopi, kosmetik dan juga produk penjagaan kulit.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman web http://zyphyto.com .Semoga dipermudahkan urusan korang yang nak berniaga.


Tiada ulasan: