Life Is A Drama..

Logo KBBA

17 Julai 2018

Sunday Hi-Tea Di Best Western, I-City

Selalu kalau hari Ahad korang buat apa? Takkan nak melepak kat rumah je kan? Mesti bosan. Nak keluar pun, dah tak tahu nak ke mana. Meh aku cadangkan untuk korang ke Best Western dekat i-City Shah Alam. Dekat je pun dengan korang kan. Tapi apa yang ada kat situ? Nak tengok lampu-lampu pun malam, macam lambat je nak tunggu.


So, apa kata sambil korang nak ke lampu-lampu dekat i-City tu, korang ber hi-tea dekat The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam. Walaupun nama dia hi-tea, tapi dia bermula dari jam 12.30 tengah hari hingga 4 petang. Elok sangat la kan sekali makan tengah hari sampai la minum petang. Macam korang baca sebelum ni untuk berbuka puasa di Best Western, sama jugak untuk Sunday Hi-Tea ni, korang boleh makan sambil tengok suasana i-City dekat luar. 

Pilihan makanan? Jangan risau memang menepati selera. Cumanya makanan yang disajikan tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Masih ada nasi dan makanan untuk kudapan yang lain. Aku rasa lebih dari 25 menu hidangan yang memang menepati selera. Kalau tak nak nasi, masih ada kudapan lain macam rojak buah, self-made sandwhich, bubur dan bermacam pencuci mulut. Insya Allah semuanya menepati citarasa aku yang agak cerewet bab makan ni. 

Haaa, untuk nak elakkan bosan masa makan, Best Western jugak ada buat mini-games untuk korang yang datang ke The View ni. Macam masa aku pergi baru ni, games berkaitan bola sepak sebab tengah World Cup kan, siap dapat hadiah lagi tau dari Best Western. Tapi sayang, aku tak menang. hahahahaha...

Harga pulak jangan risau. Masih murah dengan menu yang dorang sediakan. Pendek kata, memang berbaloi kalau korang ke sini...

Sunday Hi-Tea

Tempat : The View Cafe @ Best Western i-City

Masa : 12.30 pm - 4.00 pm

Harga : RM40 (dewasa) / 50% diskaun (warga emas dan kanak-kanak 4-12 tahun)



7 ulasan:

YB Shehan berkata...

bleh lepak2 sambil makan.. cam best..

ina berkata...

lain dr lain.. memang menarik tempat ni.. bole rokemen kepada kawan kawan nanti

Eiza GreenAppleKu berkata...

Sedap-sedap la pula menu petang kat sini. Hancur diet sis.

qaseh dalia berkata...

Aah selalu hr ahad duk rumah je haha nnt ajak kyle p hi tea sini

Meliza Ibrahim berkata...

Macam best jer menu yang ada..

Radhia Razali berkata...

sukanya tengok semua dessertnya..nampak menyelerakan sangat

mas saari berkata...

Lama dah tak pi I-City, banyak betul dah tarikan menarik.