Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 Julai 2018

Selesai Minggu Yang Sibuk

Dari dua minggu lepas,  aku memang sibuk dengan bermacam program syarikat.  Kebanyakkannya semua open house anak syarikat. Tapi bukan open house saja,  ada majlis lain sekali yang diadakan dengan open house tu.  So memang lagi sibuk la.  

Dengan kerja-kerja lain yang datang tiba-tiba dan urgent.  Jadi terpaksa la jadi seorang yang multitasker.  Dalam satu hari,  ada banyak benda nak kena settle.  Tapi nasib baik la semuanya berkaitan kerja dan aku terpaksa lupakan blog buat seketika.  


Minggu lepas kemuncak kepada hari sibuk aku.  Hari Isnin pagi aku dan member office dah ke Ipoh.  Selesai program kat Ipoh terus ke Bukit Merah untuk event pada 6 haribulan.  Kiranya seminggu aku outstation.  


Event 6 haribulan tu terpaksa datang awal sebab melibatkan Perdana Menteri. Jadi kena tengok persiapan semua apa yang patut.  Balik rumah pun kejap je la untuk pinjam kereta abah sebab aku ke sana dengan kereta company, then kawan aku balik ke KL guna kereta tu. 


Lepas ni macam free sikit sebelum sibuk dengan majlis lain bulan lapan.  Itu pun besar jugak sebab ada MB.  Itu pun nasib dekat Bukit Beruntung ja.  Lepas tu ada jugak event lain dekat kolej Bukit Merah.  Kalau tak silap aku,  bulan 8 jugak. Hadoiii... Busy jugak la.  Dengan majlis aku lagi.  Nasib badan la... Hahahah... 


Nasib baik sebab kerja. Kena ikut jugak la.  Kena ikhlaskan diri untuk kerja.  Kalau tak,  rasa macam tak berkat gaji aku dapat tu.  Insya allah semoga semuanya dipermudahkan.... 

Tiada ulasan: