Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 Julai 2018

Letih Tak Hingat

Lepas balik bercuti seminggu raya hari tu,  aku rasa macam aku kurang rehat.  Mungkin banyak kerja yang tertangguh dekat pejabat dan event yang back to back. Rasanya macam dah dua kali aku terlambat sampai dekat office.  Nasib baik la rumah sewa aku dekat je.  

Macam sekarang ni pun,  aku di Bukit Merah untuk event Jumaat ni.  Itu pun gerak pagi tadi dari Damansara Perdana,  singgah di Ipoh untuk event anak syarikat,  terus gerak ke Bukit Merah.  Untuk Jumaat ni memang kena buat betul-betul sebab melibatkan Perdana Menteri. 

Tak tahu la bilanya nak rehat betul-betul sebabnya, lepas ni sibuk dengan majlis aku pulak yang tak lama lagi.  Hehehe.. Bila? Sabar... Nanti aku jemput.  Walaupun yang terdekat dah tahu bila majlis.  Kalau aku jemput sekarang pun,  masih awal lagi aku rasa.  

Mungkin bila habis event dekat Bukit Merah ni,  aku rasa aku dah boleh relaks sikit kot.  Harapnya la... Tapi rasanya macam tak relaks jugak sebab ada projek baru nak launch.  Kalau ikut jadual,  beberapa hari sebelum majlis aku.  Haishhhh.. Macam sibuk jugak je sampai hari majlis aku. Nak buat macam mana kan,  kerja makan gaji macam ni la... 

1 ulasan:

ejulz berkata...

semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang berterusan..