Life Is A Drama..

Logo KBBA

08 Julai 2018

Kembali Bersemangat

Disebabkan terlampau sibuk seminggu dua ni,  aku terpaksa lupakan blog buat sementara waktu demi kerja hakiki aku.  Cewahhh ayat.  Kadang-kadang aku tak sempat bukak pun dashboard blog sebab bila malam,  memang aku letih gila.  Tambah lagi minggu lepas.  Memang letih lepas seharian dengan raptai dan persiapan untuk event. 


Disebabkan sibuk tu,  memang aku tak sempat nak update blog.  Ada la kot satu dua entry aku buat dalam dua minggu ni.  Itu pun ala kadar je sekadar untuk blog berupdate. Disebabkan sibuk ni jugak la,  aku terfikir nak tutup je blog. Walaupun tak terikat dengan mana-mana iklan or whatsoever,  tapi disebabkan aku terfikir blog tak berupdate,  aku jadi lagi tension.  Hahahaha... I dont know how to explain.  Kiranya aku dok fikir,  blog aku tak berupdate,  macam mana readers nak baca sesuatu yang baru,  macam mana nak tarik untuk adsense.


Tapi masa aku tengah rehat kejap lepas raptai semua dekat Bukit Merah,  aku bukak blog dan ada 1 komen yang buat aku rasa macam terharu,  bangga dan kembali semangat.  

Alhamdulillah..  Aku harap dengan penulisan aku tu dapat membantu semua orang. Mungkin tak seberapa, tapi mungkin boleh dijadikan panduan dan sedikit nasihat.  


Bila baca komen tu,  serius aku rasa macam nak menangis (lembut kan hati aku?).  Tetiba aku rasa aku dah lakukan satu benda yang berguna menerusi penulisan aku dekat blog.  Walaupun blog aku agak sendu, tapi Alhamdulillah masih ada yang menerima manfaat dari penulisan aku. 


Kadang-kadang kita tak sangka apa yang kita buat tu akan meninggalkan satu kesan besar pada orang lain...alhamdulillah 

Tiada ulasan: