Life Is A Drama..

Logo KBBA

29 Julai 2018

Edaran Pun Bermula

Pejam celik,  kejap ja dah nak masuk bulan 8, dan maknanya,  tinggal beberapa hari ja lagi untuk aku menamatkan zaman bujang.  Tak lama dah.  Tak terasa pun diri ni jadi tunangan orang.  Iya la,  laki ni selalu biasa ja.  Bila dah dekat waktu tu,  mula la gelabah sana sini. 

Alhamdulillah,  semuanya berjalan lancar walaupun ada masanya macam dah stress.  Syukur Alhamdulillah, keluarga aku pun banyak membantu.  Sejujurnya,  banyak sangat sampai aku sendiri pun tak tau nak ucap terima kasih macam mana.  Speechless sungguh aku untuk majlis aku nanti. 


Aku pun dah mula edarkan undangan dekat kawan-kawan  rapat dan insha Allah,  dalam minggu ni aku akan edarkan yang sepenuhnya kepada kawan-kawan yang lain. Mana yang tak dapat kad jemputan tu,  aku kira dengan Whatsapp dan Facebook pum harap dah mencukupi.  


Dalam tempoh lapan bulan ni,  memang persiapan dah dibuat sikit-sikit.  Aku terima kasih sangat-sangat dekat keluarga aku sebab banyak sangat membantu. Macam-macam dah dorang tolong aku sampai aku sendiri tak tahu apa yang aku buat.  Hehehe... Dipermudahkan semuanya...

2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan. nanti makin dekat tarikhnya lagi debar hehe..

shazillahsani.com berkata...

semoga semuanya dipermudahkan..amin