Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Julai 2018

Bukan satu, tapi...

Bila fikir balik, dari aku habis belajar sampai sekarang ni,  aku tak pernah buat satu kerja dalam satu-satu masa.  Eih,  tipu... Lepas Diploma aku cuma buat satu kerja sebelum aku tau boleh buat side income melalui blog. 


Tapi lepas je aku tahu melalui blog boleh dpaat side income last few years,  mulai dari hari tu aku dah mula buat dua kerja.  Kadang-kadang lebih.Tapi buat masa sekarang,  memang tiga kerja aku buat.  Kerja sebagai PR Exec dekat syarikat sekarang,  pemandu Grab dan blog. Pernah sekali tu,  aku buat empat kerja dalam masa sebulan.  Penat? Memang la penat tapi untuk teruskan kehidupan, terpaksa la kan.   Walaupun dengan blog cuma sesekali ja aku dapat job berbayar,  tapi aku tetap update blog macam selalu sebab aku dah anggap tu macam kerja aku.  

Well,  mungkin ada yang tertanya macam mana aku bahagikan masa aku untuk buat semua tu dalam satu masa.  Aku pun tak tahu.  Cuma bertuahnya aku,  kerja blog dan pemandu Grab ni cuma mengikut kelapangan masa aku.  Tambah lagi kalau buat Grab.  Hujung minggu senang kata memang aku tak duduk berehat dekat rumah. Paling awal aku keluar buat Grab,  pukul 12. Paling lambat pukul 3. Sampai la tengah malam aku bawak orang ke sana sini.  


Untuk blog pulak,  selalunya aku akan curi sikit masa dekat pejabat untuk buat kerja dan selalunya masa lunch hour atau lepas habis waktu kerja.  Atau paling tidak pun,  sebelum aku tidur aku akan buat draft dan publish esoknya.  Macam tu la. 


Well,  nak hidup zaman sekarang ni dengan gaji yang sikit, buat satu kerja memang tak cukup. Bukan mengeluh,  tapi kena cari sesuatu yang boleh dapatkan side income. Untuk berniaga,  i dont think that i'm the right person to get involve in business.  So,  i need to find another alternative to generate side income and Alhamdulillah,  Allah ease everything for me.  

Tiada ulasan: