Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 Julai 2018

Belajar Sesuatu Tentang Perlindungan Sumber Air

Bila aku duduk dekat kawasan flat di kawasan Petaling Jaya ni, dah berapa kali dah aku terpaksa hadap masalah air. Kadang berpunca dari tangki dekat rumah sewa aku, kadang sebab masalah lain. Sama jugak masa aku menyewa dekat Shah Alam dulu. Memang mengeluh la. Iya la, dok bayar bil air apa semua, tiba-tiba ada masalah sampai habis semua masalah. Dok fikir apa punca and macam mana la nak hadap semua ni selalu.

Tapi baru ni, pemikiran aku dah berubah sedikit bila aku dan beberapa blogger lain dijemput untuk ke majlis pelanjaran Agenda Perlindungan Sumber Air di Pusat Informasi Sungai Penchala, Desa Mentari Petaling Jaya. Dekat sini secara tak langsung aku dah belajar satu benda baru tentang usaha perlindungan sumber air yang diterajui oleh Yayasan Spark dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Melalui projek ni, Yayasan Spark dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Global Environment Centre (GEC) dah bina tangki sistem tadahan air hujan di Blok 1, Desa Mentari yang berhampiran dengan Sungai Penchala, iaitu satu tapak projek W.A.T.E.R. (Working Actively Through Education and Rehabilitation). Untuk pengetahuan korang, sistem yang diperkenalkan ni dianggarkan mampu menadah lebih kurang satu juta liter air hujan setahun dan akan memberi manfaat kepada lebih 1,800 penghuni untuk kegunaan umum.

Renuka Indrarajah yang merupakan pemegang amanah Yayasan Spark  berkata, perlindungan sumber air merupakan tindakan strategik yang diambil untuk memastikan bekalan air diuruskan secara mampan sebagai satu sumber yang dikongsi bersama. Selain tu, Yayasan Spark jugak komited untuk menyumbang RM2.5 juta untuk tempoh tiga tahun akan datang di bawah projek W.A.T.E.R.

Untuk pengetahuan korang jugak, projek yang aku pergi ni dah merupakan Fasa Ketiga projek W.A.T.E.R ni. Dan sejak 10 tahun lalu, Yayasan Spark dah membelanjakan lebih dari RM8 juta bagi Fasa 1 dan Fasa 2 projek ni. Banyak kan.

Untuk pengetahuan korang, Yayasan Spark ni menjadikan lima sungai sebagai 'sungai angkat' dalam projek dorang iaitu Sungai Wey, dan Sungai Penchala di Selangor dan juga Sungai Senam, Sungai Buntong dan Sungai Kledang di Perak sejak tahun 2007 dengan elibatkan lebih 137 komuniti tempatan. Kiranya komuniti yang terlibat ni akan ditunjuk ajar tentang pemuliharaan sungai di kawasan dorang. Menarik kan?

Majlis yang diadakan pada Sabtu lepas dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Tuan Johary Bin Anuar dan juga Koordinator Penjagaan Sungai, Dr. K Kalithasan.

Kalau korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut termasuk nak jadi sukarelawan, korang boleh ke laman web Yayasan Spark di www.sparkfoundation.com.my .



3 ulasan:

Shark Kay berkata...

harap-harap projek sungai angkat tu akan kekal dan bukan projwk suka-suka.
sungai penting tu untk masa depan.

Saidila Abdul Rahman berkata...

satu usaha yang bagus dan murni untuk masyarakat

Nadia Johari berkata...

bagus projek ni..dapat kita berjimat..huhuhu