Life Is A Drama..

Logo KBBA

14 Julai 2018

Aku Nampak Tua?

Aku rasa lawak pula bila ada yang dok nampak aku ni lagi tua dari usia aku yang sebenar.  Hahahaha... Mungkin disebabkan badan aku besar,  ada janggut sikit,  misai kadang-kadang tak shave,  so orang ingat aku ni dah berumur lebih dari yang sepatutnya.


Contohnya macam tadi.  Aku pickup dua orang budak yang aku rasa umur dorang dalam 15 tahun macam tu. Dalam kereta aku dengar je dorang borak.  Acah-acah macam dah dewasa.  Hahahaa... Dalam hati aku dok cakap,  alaaa, korang baru berapa tahun je umur.. Acah-acah je kata budak-budak sekarang tak sama macam korang.

Lepas tu bila dah nak sampai kat tempat dorang nak turun,  aku tanya la nak stop kat mana,  dorang cakap berhenti kat depan tu je pakcik.  Aku dah macam ' what the...'.  Tapi aku chill dulu sebab mungkin aku salah dengar.  Then masa turun,  dorang cakap 'terima kasih pakcik'.  Memang clear aku dengar... Hahahaha.... 


Aku tak kisah pun.  Tapi rasa lawak. Nampak tua sangat ke aku ni? Yeah,  its shows that they respect the elders.  Tapi pakcik?? Hahahahha... Panggil abang okay la kot... Ni pakcik... Cannot brain.  Hahahaha... 

Tiada ulasan: