Life Is A Drama..

Logo KBBA

29 Julai 2018

Adat Orang Lama

Memandangkan majlis aku pun tinggal beberapa minggu ja lagi, sekarang ni memang busy dengan nak menjemput orang.  Yang lain memang dah slow-slow settle dari selepas bertunang hari tu.  Alhamdulillah,  family aku memang banyak membantu sama ada yang aku nampak atau yang aku tak nampak. 


Tapi bukan tu yang aku nak cerita.  Apa yang aku nak cerita pasal adat orang lama ni nak menjemput kawan-kawan ke majlis kenduri anak-anak.  Contohnya, baru ni abah dengan mak,  sekali dengan kakak aku yang sulung dan abang ipar aku ke Johor untuk jemput sendiri kawan-kawan dan saudara-mara aku yang ada dekat sana.  Ramai jugak la.  Kebetulan masa muda dulu,  abah pernah kerja dekat Johor,  so memang ramai la kawan-kawan dia nak menjemput.  Tambah lagi,  kenduri terakhir kan dalam family aku. 

Kalau ikut orang muda sekarang ni,  semuanya nak mudah,  just Whatsapp je e-card dengan create event dekat Facebook. Jimat masa dan duit.  Tak payah dah nak print kad bagai untuk menjemput orang ke kenduri.  


Tapi berbeza dengan orang lama ni.  Bagi dorang, jemputan dengan tangan sendiri ni lagi bermakna dan puas. Tapi semua tu bergantung pada keadaan, masa dan kesihatan.  Macam mak abah aku pun buka  sihat sangat,  tapi disebabkan kenduri terakhir antara aku enam beradik,  gagah jugak la mak abah ke sana.  Cuma ke Pahang,  Terengganu dan Kelantan ja mungkin tak sempat sebab masa dan keadaan


Lagi pun,  ada masalah lain sikit masa dekat sana.  So,  dari Johor,  mak abah semua naik bas ke KL dan di KL,  aku la yang bawa ke sana sini untuk menjemput.  Tak banyak rumah la.  Tapi nampak la mak abah puas dapat jemput sendiri.  

Kadang-kadang bagi aku,  sebagai orang muda ni kita terlalu fikir mudah sampai kita lupa hikmah di sebalik kita rasa buang masa pergi jemput sendiri kenduri tu.  Sambil menjemput,  kita boleh ziarah jugak. Sambil makan angin sama.  Cumanya,  kita tak nampak semua tu.  Mungkin masa kita dah tua nanti,  baru kita sedar tentang semua yang orang tua sekarang buat... 

Tiada ulasan: