Life Is A Drama..

Logo KBBA

20 Jun 2018

Tiada Jalan Raya


Aku dah perasan lama dah bila setiap kali raya,  mesti dah tak meriah macam zaman aku beraya dulu-dulu. Dulu tu takda lama mana sangat pun. Dalam 20 tahun lepas je pun.  Kiranya dalam tahun 1997 macam tu la. 


Zaman tu,  kalau raya memang meriah gila.  Naik je kat jalan kampung tu,  penuh budak-budak ikut kumpulan masing-masing,  tak pun ikut keluarga.  Keluar dari rumah jiran,  then keluar ke atas jalan raya or jalan kampung,  memang penuh budak-budak,  siap tanya lagi rumah mana dapat duit raya banyak.  Zaman tu,  dapat RM1 kira paling mewah la.  50 sen pun agak mewah.  Dan paling selalu dapat duit raya,  20 sen dan 10 sen.  Hahaahha... Penuh poket dengan duit syiling oi.... Rasa nak terlondeh ja.  

Lepas tu,  sehari sebelum raya,  aku dengan sepupu-sepupu aku dah rancang esok nak keluar raya dari pukul berapa sebab kadang masa orang tengah sembahyang raya,  kami pun dah keluar beraya.  Hahahaha..  nak beraya dari mana ke mana.  Ada rumah yang tak nak pergi pun ada.  Hahahaha


Tapi sekarang ni... Herrmmm.. Jangan harap la.  Lepas sembahyang raya semuanya duk kat rumah menghadap tv dan telefon.  Takdanya nak ziarah sedara-sedara ni. Budak-budak pun dah tak ramai yang datang beraya.  Mungkin malas nak  keluar,  atau mungkin jugak memang budak- budak dah tak ramai kat kampung aku? 


Macam raya baru ni,  aku keluar berjalan raya dengan semua adik beradik aku,  walaupun tak jauh dan cuma ke rumah sedara yang dekat ja,  tapi rasa la jugak meriah.  Teringat masa budak-budak dulu.  Ada jugak la memori yang aku boleh cerita kat anak cucu aku nanti. 

Tiada ulasan: