Life Is A Drama..

Logo KBBA

25 Jun 2018

Tempat Sendiri Ada, Kenapa Perlu Tempat Orang?

Baru ni aku ke Sungai Besar untuk ke kenduri kahwin member aku. Pergi dengan Lan dan Fika.  Masa nak pergi tu  aku dah bayangkan kawasan bendang dengan padi yang menguning.  Walaupun kat kampung aku sendiri ada bendang dan tali air, tapi bila sampai demat kawasan ni,  aku rasa cantik sangat dan teringin nak bergambar. 


Tapi disebabkan cuaca tak berapa okay, kami cuma berhenti dekat kawasan tali air masa on the way ke rumah pengantin.  Itu pun kejap je sebab macam nak hujan. Kalau ikutkan,  kawasan dia biasa je.  Parit besar dan titi kayu. Cuma bila kat tempat orang,  benda tu jadi cantik yang luar biasa.  Sedangkan kat kampung aku,  memang ada pun benda ni semua,  tapi sikit pun aku tak teringin nak bergambar. 


Mungkin sebab Fika dan Lan pun seronok bergambar, jadi aku pun ikut seronok nak bergambar.  Hahahaha... Dapat la sikit gambar yang aku rasa cantik dan boleh buat profile picture sikit.  Hahahahaha...


Tapi betul, walaupun kat tempat kita ada benda yang sama dengan tempat orang,  kita akan rasa lebih seronok untuk merasai benda tu kat tempat baru.  Mungkin sebagai kenang-kenangan.  Tempat orang kan,  semua benda cantik walaupun benda tu boleh tengok setiap hari kat tempat sendiri. 


Sama la macam pergi makan dekat rumah orang.  Ikan kering pun rasa sedap sedangkan kalau kat rumah,  kadang tengok je ikan kering tu.  Hahahaha... Tapi soalnya kenapa jadi macam tu? Kenangan? Lebih seronok di tempat orang? Ke macam mana? Apa pun,  hujan emas di negeri orang,  hujan batu di negeri sendiri.  Lain padang lain belalangnya... Kan? 

Tiada ulasan: