Life Is A Drama..

Logo KBBA

04 Jun 2018

Teguran Tak Datang Secara Terus

Dalam hidup ni,  ada sesetengah perkara tak datang secara terus kepada kita.  Ada kalanya ianya datang melalui orang-orang di sekeliling kita melalui perbuatan mereka, atau bicara yang tidak langsung.  Sama ada kita sedar atau pun tidak.


Bagi aku,  ada masanya teguran yang datang secara diam ini lebih memberi makna kepada aku untuk sedar apa yang berlaku.  Tapi ada masanya,  teguran secara tidak terus ni kita susah nak sedar sampai la ada masanya,  teguran tu kita dapat direct kepada kita dan masa tu lah kita sedar,  dah tiba masanya untuk kita berubah.


Cuma bila teguran secara tak terus ni,  kita kena sedar itu adalah teguran.  Berfikir sejenak tentang apa yang berlaku supaya kita sedar untuk tidak terus leka dengan apa yang kita miliki.  Kadang-kadang, memang sakit untuk terima teguran tu,  tapi itu lah hakikatnya untuk kita hadapi.  Masa tu baru kita sedar yang kita dah berada di arah yang salah. 


Tapi jangan risau, masih belum terlambat untuk kita berubah andai kita terus sedar dengan apa yang berlaku.  Yang paling penting, ikhlaskan hati untuk berubah. 

Tiada ulasan: