Life Is A Drama..

Logo KBBA

08 Jun 2018

Seminggu Cuti Raya

Kejap je rasa,  dah nak habis puasa dah.  Minggu depan dah nak raya dah.  Kejap sangat rasa bila dah agak busy dengan kerja,  Grab lagi yang boleh kata tiap-tiap malam.  Hahahaha... 


Tapi bila dekat nak raya ni,  kadang-kadang rasa tak sabar nak balik kampung,  kadang rasa macam stress gila sebab ada beberapa masalah lain.  Entah la... Tapi aku cuba je la untuk jadikan macam biasa.  


Tapi apa yang penting,  aku sebenarnya memang tak sabar nak balik kampung.  Sebab agak lama la jugak aku tak balik.  Last aku balik masa mengundi hari tu.  Itu pun kejap sangat baliknya. Hahahaha... 


Nasib la cuti aku agak lama kali ni.  Seminggu terus aku cuti.  Dari 13 haribulan sampai la 19 hari bulan.  Puas aku  nak duduk kat kampung.  Walaupun aku mungkin jarang keluar sebab aku akan terperuk je dekat rumah.  Hahahaha.. Nasib la jadi anak bujang pingitan.  

1 ulasan:

Izyan Balqis berkata...

IQ cuti bermula 14 sampai 20hb, seminggu jugak. tak sabar nak beraya. nak kutip duit raya anak...eh? haha!!