Life Is A Drama..

Logo KBBA

15 Jun 2018

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum,  malas nak taip panjang-panjang sebab line dekat kampung ni bukannya betul sangat.  Jenuh la aku pusing ke sana sini nak mencari line yang okay sikit.  Nasib la kan sebab duduk di kawasan kampung.  Cuma kadang-kada g rasa relaks sikit sebab tak ada la mesej dok masuk selalu. 


Insya Allah,  tahun ni tahun terakhir aku beraya sebagai orang bujang.  Tahun depan insya Allah dah ada yang meneman.  Hahahaha...tahun ni jugak aku rasa raya aku agak simple.  Tak beriya sangat nak mencari baju.  Mulanya ingat nak pakai baju yang sedia ada ja.  Tapi ada rezeki terlebih sikit,  dapat la baju raya baru. Hehehe... 


Eih,  ingatkan short post,  rupanya macam panjang  jugak.  Hahahaha.. Okay,  kepada semua pembaca blog Drama Hidup FMR,  aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri,  maaf zahir dan batin andai sepanjang kita kenal ni,  ada tersalah tingkah laku,  terkasar tutur kata dan sebagainya,  aku minta maaf. Lupakan segala drama yang menyakitkan dan kita mulakan drama baru yang lebih indah bersama... 

1 ulasan:

Ahmad Munir berkata...

Selamat hari raya bro