Life Is A Drama..

Logo KBBA

21 Jun 2018

Puas makan tengah hari di kampung

Bagi yang duduk kat tengah bandar,  memang selalu tercari-cari lauk kampung.  Asyik menghadap menu sama je tiap hari,  bosan jugak.  Tambah lagi yang tengah bekerja.  Makan mana yang sempat je. Kadang-kadang tak sempat nak makan pun sebab sibuk dengan kerja.  


Kalau makan kat kedai yang kononnya lauk kampung,  tapi bila tengok, sama je lauknya dengan kedai-kedai lain.  Tambah lagi bila bab ulam-ulaman.  Kalau kat kedai,  selalunya ulam timun,  kubis, daun salad dan daun selom.  Ulam lain,  jangan harap la nak ada. Lepas tu lauk lain yang berkuah,  semuanya cair je.  Hahaha.. Nak makan pun tak berapa nak selera. 


Tapi baru ni masa balik ke kampung,  raya keempat.. Kebetulan Pak Tih aku datang nak makan tengah hari kat rumah,  terus abah ke pasar cari lauk-lauk untuk makan tengah hari. Aku pulak ke belakang untuk cari ulam-ulam.  Kak aku pulak sibuk memasak kat dapur. 


Memang bertambah aku makan tengah hari tu walaupun nak pergi beraya dengan kawan-kawan aku.  Heheheh.. Puas weh makan dengan ulam-ulam fresh lagi.  Gulai semua pun kuah pekat.  Memang kena dengan selera aku. Hehehehe... Lepas tu ada ulam petai mentah.. Perghh... Heaven weh makan.  Tak ada la mewah sangat,  lauk simple tapi makan pun puas. Siapa je yang mampu tolak lauk-lauk kampung ni kan? 

Tiada ulasan: