Life Is A Drama..

Logo KBBA

20 Jun 2018

Live Di Facebook dan Istagram


Kalau korang perasan,  aku sangat jarang buat Live di mana-mana media sosial, tak kira la Facebook ataupun Instagram.  Boleh kira berapa kali ja aku buat Live.  Itu pun sebab boring.  Kalau ada event je aku buat Live,  itu pun kejap gila.  


Macam baru ni masa aku on the way balik ke Damansara,  aku buat Live di Facebook dan Instagram.  Agak lama jugak la aku buat.  Itu pun sebab aku bosan dalam kereta.  Iya la,  sebab drive sorang kan.  So bila buat Live dan ada yang tengok dan komen,  boleh jugak la aku buat menyembang walaupun hakikatnya aku cuma bercakap sorang.  Hahahaha... Macam orang tak betul pulak bercakap sorang masa tengah Live.  


Nasib baik la masa aku buat Live  tu,  ada jugak yang tengok.  Yang tak best tu,  bila tak ada orang tengok langsung. Macam krik-krik ja.  Aku bercakap tapi tak ada orang tengok. Kau rasa? Tak macam orang gila ke bercakap sorang-sorang. Memang la kita tak boleh paksa orang tengok,  tapi entah la,  aku rasa tak best. Ke masa aku yang tak kena masa aku buat Live tu? 


Tapi sebenarnya buat Live ni bagi aku okay jugak sebab boleh tambah skill bercakap aku dalam video.   Sebabnya,  aku ni agak segan jugak la untuk buat video-video ni.  Kecuali kalau aku cuma tunjuk environment ja. Kalau gambar,  aku tak malu sangat  Haahahah... 

Tiada ulasan: