Life Is A Drama..

Logo KBBA

11 Jun 2018

Bila Nak Tunjuk, Tak Menjadi Pulak

Pernah tak bila korang nak tunjukkan sesuatu yang korang dah biasa buat sebelum ni,  tiba tiba tak menjadi pulak.  Benda tu memang dah selalu sangat korang buat,  kiranya memang dah cekap gila la.  Pejam mata pun boleh settle,  tapi bila korang nak tunjukkan cara buat tu, pada hari tu semua tak menjadi. 


Macam semalam,  aku nak tunjukkan dekat Cik Tunang cara buat nasi goreng maggi sebab Cik Tunang tak pernah rasa.  Aku tak tahu korang pernah dengar atau tak.  Tapi memang mak aku selalu buat la nasi goreng maggi ni masa sekolah dulu.  Aku pun dah tiga empat kali buat nasi goreng maggi ni.  Aku dah siap nak rekod video lagi nak tunjuk cara buat nasi goreng maggi. Kebetulan pulak,  aku bukak puasa kat rumah kawan aku,  so,  masak kat situ la,  sedangkan kat rumah sewa aku, memang aku malas nak masak. 


Bila dah sampai tu, kawan aku dah siapkan masak nasi,  tapi dia masak atas dapur sebab periuk nasi eletrik dka problem sikit.  Tapi dah terlebih air,  dah jadi macam bubur dah.  Hahahaha... Aku pulak tak pandai masak nasi guna dapur tu. So kawan aku kemudian masak nasi sekali lagi.  Time tu dah pukul 6 lebih dah. Aku dah dapat agak memang tak menjadi sangat la nasi goreng maggi aku sebab nasi lembik,  tak sesuai buat nasi goreng,  kang jadi berketul-ketul.  Nak gaul dalam kuali pun susah. 


Tapi nak tak nak,  aku buat jugak la nasi goreng maggi tu dengan nasi yang kali kedua member aku masak.  Memang berketul jugak la. Hahaha... Nasib la menjadi jugak walaupun tak berapa menarik bentuknya. 


Sama jugak dengan sambal telur pecah yang aku buat semalam.  Sambal tu aku campurkan dengan sosej,  saja untuk jadikan lauk tambah.  Hahaha... Tapi sosejnya terlebih.  Dah jadi sambal sosej dan tambah telur je,  sedangkan sepatutnya sambal telur pecah tambah telur.  Lepas tu telur tu macam hancur sikit sebab air terlebih.  Kau rasa?? Haishh... Nasib la.. 


Itu la,  berlagak sangat kononnya rajin masuk dapur kononnya pandai masak tapi hakikatnya, satu dua benda je yang aku pandai buat.  Itu pun main campak je asalkan menjadi dan boleh makan.

Tiada ulasan: