Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 Jun 2018

Bachelor Party La Sangat

Baru ni,  aku pergi berbuka puasa dengan kawan baik aku dari zaman diploma lagi dekat Shah Alam.  Plan pun dah lama,  cuma baru sempat ja nak berbuka puasa sekali. Itu pun jenuh jugak fikir tempat dan last sekali,  steamboat jugak jadi pilihan.  


Masa dah sampai tu,  aku dah nampak si Kiyah dah bawak kek.  Aku ingatkan dia saja ja nak buat bachelor party untuk aku memandangkan aku akan berkahwin tak lama lagi.  Rupa-rupanya dia buat sungguh.  Itu pun dia plan nak buat dekat tempat kami berbuka puasa tu.  Memang tak la aku nak buat kat situ.  Buat malu ja.  


Lepas berbuka,  aku ajak dorang ke Dataran Shah Alam.  Sebab situ kalau ramai pun,  takda la segan sangat. Walaupun cuma makan kek ja.  Tapi sayang,  bila tengah lepak tu,  dah mula rasa macam nak hujan.  Cuma sempat bergambar ja la dua tiga keping.  Terus ke karoeke,  kau rasa? 


Kek tu pun tak potong pun sepanjang dekat tempat kami berbuka puasa dengan kat dataran sebab dah kenyang gila.  Last-last dekat karoeke baru potong.  Itu pun tak sampai suku. 


Apa pun,  terima kasih dekat Kiyah,  Sha dan Jannah sebab sudi kononnya buat bachelor party dekat aku.  Hahahahaha... Harap tak menyesal la bawak aku ke karoeke.  Hahahha

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

sib baik tak de party tepi swimming pool eh hahahhaa