Life Is A Drama..

Logo KBBA

17 Mei 2018

Tips Berjimat Untuk Orang Bujang Ke Bazar Ramadhan

Alhamdulillah,  baru selesai berbuka puasa untuk hari pertama.  Masih ada banyak hari lagi untuk berpuasa.  Insya Allah semoga dipermudahkan.  Bagi yang dah berkeluarga atau duduk dengan keluarga,  mesti seronok kan buka puasa ramai-ramai. Tapi bagi yang bujang dan duduk jauh dari keluarga ni macam mana pulak? 


Mesti nak kena berjimat. Iya la,  nak raya mesti nak pakai duit banyak gak kan.  Hehehehe.. Lepas tu, ingatkan bila bulan puasa ni boleh la jimat duit makan sikit untuk breakfast dengan lunch,  rupanya bila ke bazaar Ramadhan, sama ja belanjanya untuk makan satu hari.  Hehehe... 


Sini,  aku nak kongsi tips sikit untuk korang yang bujang-bujang termasuk aku.  Ini apa yang aku sendiri lalui la.  Tapi kadang-kadang tak terikut jugak disebabkan nafsu.  Hahahaha... 


1. Beli Nasi Set

Haa,  ni sebenarnya paling jimat.  Contohnya macam set nasi kerabu,  nasi kukus ayam berempah, set nasi dagang, nasi ayam,  nasi tomato dan seangkatan.  Sebab dengan nasi set ni,  korang dah dapat tahu harga yang tepat sebab memang dah tertulis berbanding dengan lauk campur. Kalau lauk campur,  kadang-kadang penjual ni letak harga minimum untuk bungkus dan bukan mengikut harga yang korang nak.  Faham tak? 


Contohnya korang nak sayur tu harga RM2 je, tapi penjual tu cakap, dia boleh bungkus untuk RM5 je.  Haa.. Camtu la. Lagi satu,  lauk dekat bazar ni selalunya berbeza kalau kita makan dekat kedai di hari-hari biasa.  


2. Hadkan Perbelanjaan

Bagi yang dah berkeluarga dan anak ramai,  mungkin akan jarang ke bazar ni,  tapi bagi yang bujang,  bazar Ramadhan adalah lokasi wajib. Kecuali kalau yang rajin masak la. Macam aku,  pemalas sikit nak masak. Hehehe.. 


Satu cara lagi untuk berjimat,  hadkan perbelanjaan korang kalau ke bazar Ramadhan.  Contohnya RM10 setiap kali ke bazar.  Mungkin susah sebab nafsu dok tengok banyak jenis makanan,  tapi cuba control dulu. Selalunya di awal Ramadhan,  susah nak control.  Tapi bila dah seminggu berpuasa,  mesti dapat kawal punya belanja tu.


3. Tetapkan Apa Yang Nak Dibeli

Nak lagi mudah,  korang set kan siap-siap dalam kepala apa yang korang nak makan sebagai juadah berbuka puasa nanti.  Termasuklah air dan kuih-muih.  Macam aku,  wajib ada kuih dan nasi.  Jadi aku dah setkan.  Kalau nasi campur,  mesti ada lauk dan sayur.  Kuih tengok apa yang aku teringin. 


Bila dah jumpa apa yang korang nak,  beli dan terus balik.  Jangan round dah kat bazar tu.  Sebab kalau korang round,  confirm akan beli lagi. 


4.  Sediakan Plan B

Sambungan kepada point nombor 3, korang kena ada plan B.  Maksudnya,  kalau korang tak jumpa juadah yang korang nak sangat tu,  korang kena tahu makanan lain.  Maksudnya korang kena tetapkan, kalau tak jumpa makanan A,  korang akan beli makanan B.  


Tapi kalau dua-dua makanan tu ada,  jangan la korang beli dua-dua pulak.  Membazir je nanti. 


Okay,  selamat mencuba. 

Tiada ulasan: