Life Is A Drama..

Logo KBBA

30 Mei 2018

Tabung Harapan Malaysia

Bukak ja Facebook petang ni sementara nak berbuka puasa,  penuh dengan status-status dan share link berkaitan Tabung Harapan Malaysia.  Ada jugak la status-status lain tapi isu tabung ni kiranya majoriti la dekat timeline Facebook aku. 


Ada baik buruk bila tabung ni dilancarkan.  Dan aku rasa bukan saja aku yang mempunyai fikiran macam ni,  mungkin ada lagi yang berfikiran macam aku.  Rasanya la.  


Pengumuman kerajaan mengumumkan Tabung Harapan Malaysia ni kalau dilihat secara umum adalah untuk membantu kerajaan untuk menyelesaikan hutang berjumlah lebih dari RM1 trillion.  Dengan adanya tabung ni,  kita dapat tengok betapa ramai rakyat yang sanggup berkorban untuk melihat negara bangkit semula.  Walaupun mungkin ada yang mengecam dengan adanya tabung ni,  tapi itu lumrah.  Mana mampu untuk puaskan hati semua orang kan.  


Aku tak ada masalah bila kerajaan umumkan tabung ni.  Sebab aku pegang pada satu ja.  Jangan pernah bertanya apa yang negara mampu berikan kepada engkau, tapi tanyalah apa yang engkau mampu berikan kepada negara. Kita lakukan apa yang termampu. 


Walaupun ada yang mengecam.  Itu biasa.  Tapi dalam masa yang sama,  bagi aku kerajaan jugak patut berjimat dan potong yang mana kurang berkepentingan.  Aku ada tengok antaranya kerajaan akan membeli hak siaran untuk Piala Dunia dan ditayangkan di RTM dan aku rasa ianya bukan satu jumlah yang kecil.  Bagi aku ini boleh hold dulu.  Tak perlu pun tak ada masalah dan bagi aku rakyat pun faham. 


Tapi apa pun,  bagi mereka yang nak menyumbang,  silakan.  Tak ada masalah dan biarlah ikhlas dalam menyumbang dan membantu mana yang mampu.  

Tiada ulasan: