Life Is A Drama..

Logo KBBA

30 Mei 2018

Segarkan Diri Dengan Buih Mandian Dashing 2 In 1

Tak kira la bujang ataupun yang dah berkahwin,  bila bab nak beli barang penjagaan harian,  mesti nak kena dua tiga barang. Iya la,  berus gigi, ubat gigi, syampu rambut, pencuci muka, syampu badan dan beberapa yang lain.  Bila beli a la carte ni,  kos yang nak bawak keluar pun tinggi dan lebih.  Kalau boleh kurangkan, lagi baik. 
Tapi, korang jangan risau,  untuk memudahkan si lelaki ni, Dashing memperkenalkan buih mandian 2 dalam 1, iaitu untuk muka dan badan dengan satu botol je.  Jimat dan mudah gila nak pakai.  Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru ni dah diformulasi dan direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus.  Dalam satu botol je. 

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa kesan iritasi. Zaman sekarang ni, bukan perempuan ja yang mementingkan penjagaan diri,   tapi termasuk jugak lelaki.  
Jadi,  untuk memudahkan lelaki ni jimat masa dalam bilik air, Dashing 2 in 1 muka dan badan ni diperkenalkan. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki untuk kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

Aku dah pakai Ultimate Kick dan Cool.  Seriously,  memang aku suka sebab tak ambil masa lama untuk mandi dan tak perlu bawak banyak barang masuk ke bilik air.  Ruang pun jimat.  Selalunya,  aku cuci muka dulu dan baru mandi sebelum stop kejap untuk shampu badan. Tapi dengan Dashing 2 in 1 ni,  aku mandi then baru cuci muka dan shampu badan dengan botol yang sama.  Sekali cuci je.  Hehehehehe... Kadang-kadang aku tak cuci muka sebab malas dan nak cepat.  Tapi dengan Dashing 2 in 1 ni,  aku jadi rajin pulak nak cuci muka. 
Tapi yang buat aku lagi suka, produk terbaru dari Dashing ni diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. Lagi wangi badan aku.  

Untuk pengetahuan korang, DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougéredengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.
ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamomserta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber. 

Harga? Kalau korang beli 1 pencuci muka dan satu shampoo badan,  mungkin harga dalam RM20 ke atas ikut jenama,  tapiiii, dengan Dashing 2 in 1 ni,  korang boleh beli dengan harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700ml. Murah gila kan?

7 ulasan:

Nina Mirza berkata...

Kaum lelaki sure suka.... Sekali harung all in. One.
Kak nina paling suka bau Active!

Shark Kay berkata...

harga tu menarik.
bijak jugak buat 2 dlm 1.
tapi x sure sejauh mn bkesan kat muka tu.

YB Shehan berkata...

betui. jd rajin cuci muka. sbb ingat 2 in 1 tu. hehehe.. laki ku wangiiiiiiiiiiiiiiii giler

Nadia Johari berkata...

bagusla..dua dalam satu..jimat satu botol..orang laki ni kan tak suka pakai banyak barang..hah bolehla dpatkn untuk laki kita

mas saari berkata...

Menarik 2in1 camni, nak beli untuk husband lah.

qaseh dalia berkata...

Wow berbuih2

Mohaz Sue berkata...

Senanglah camni..sekali jln