Life Is A Drama..

Logo KBBA

06 Mei 2018

Sedapnya Makan Di Italiannies, The Curve

Korang pernah makan tak makanan orang Itali? Mesti biasa kan.  Contohnya macam pizza dan pasta. Tapi rasanya tu semua dah di modify sikit mengikut citarasa orang Malaysia.  


Aku nak cadangkan kalau korang nak rasa makanan Itali yang sedikit berbeza,  korang boleh ke Italiannies dekat The Curve.  Walaupun aku tak pernah ke Itali dan rasa sendiri pizza dan  pasta original di Itali,  tapi masa aku dekat sini, aku dapat rasa ada sedikit perbezaan dengan yang aku makan sebelum-sebelum ni,  terutamanya pizza. 


Kebetulan aku ke Italiannies baru-baru ni dan kami cuba menu baru dekat sini,  Italian Butcher.  Penuh dengan bahan-bahan dekat pizza dia ni. Lepas tu pizza dia pun berbeza dengan dua jenama pizza lain yang aku pernah makan sebelum ni.  Tak terlalu tebal,  tak terlalu nipis,  sos dia sikit berbeza. 


Lepas tu pasta dan baked four cheese macaroni dia sedap gila.  Nasib la makan ramai-ramai.  Terpaksa berkongsi sorang sikit.  Kalau makan sorang,  memang aku habiskan.  Hehehehe... 


Haaa,  satu lagi.  Italiannies ni tengah perkenalkan menu baru dorang.  Italian Butcher dan Pepperoni Pizza.  Lepas tu,  ada juga tujuh jenis pasta baru macam Truffle &  Mushroom Alfredo, Spicy Seafoid Aglio Olio dan banyak lagi.  Confirm puas hati. 


Nanti aku nak repeat lagi pergi sini.  Nak rasa yang lain pulak sebab aku dah jumpa kedai pasta yang memang kena dengan selera aku.  

1 ulasan:

Papa Amyzal berkata...

Memang best makan kat Italiannies The Curve ni. Rasa macam berada di Italy. Salad dan macaroni cheese tu sedap. Dessert dia pun best.