Life Is A Drama..

Logo KBBA

22 Mei 2018

Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Aku rasa pertama kali ni aku teringin nak makan sesuatu tu sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.  Walaupun menu tu senang je nak cari even pergi kedai mamak pun aku rasa ada,  tapi tiap kali pergi,  mesti aku takkan order makanan yang aku teringin tu.  Tak tahu la kenapa. 


Tapi semalam aku rasa kemuncak dia kot.  Takut kempunan tak dapat nanti,  aku jugak yang merana.  Hahahaah.. Kisahnya,  aku teringin nak makan ayam goreng kunyit tu dah dua minggu dah kalau tak silap.  Kiranya dari sebelum puasa lagi.  Tapi aku dok hold ja lagi sebab kalau tengah hari,  aku lebih suka cari nasi campur.  Kalau malam pulak,  aku susah nak makan nasik.  Kalau makan pun,  mesti nasi goreng kampung atau nasi goreng ayam. 


Lepas tu masa first puasa,  aku berbuka dengan budak-budak rumah aku.  Aku beli nasi ayam berempah.  Sorang makan nasi lemak sorang makan nasi putih ayam goreng kunyit.  Terus aku terliur nak makan.  Memang teringin gila la.  Then hari weekend aku berbuka dekat luar dan rumah Cik Tunang aku. Semalam pulak,  aku berbuka dekat office dan member office aku ajak pergi bazar yang memang takda ayam goreng kunyit. 


Dan malam tadi,  sampai termimpi-mimpi aku dengan ayam goreng kunyit ni.  Lepas tu petang tadi aku rasa memang tak boleh jadi. Nak tak nak,  aku memang kena dapatkan juga ayam goreng kunyit ni atau aku akan terus kempunan. Terus aku ke bazar dekat TTDI sebab budak rumah aku beli dekat situ.  Dan akhirnya,  dapat jugak aku lepaskan kempunan. 


Misi lepas ni,  nasi kerabu yang aku dah teringin agak lama jugak... 

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

hahahhaa sabo je laaaa