Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 Mei 2018

Pertama Kali Mengundi Dalam Pilihan Raya


Alhamdulillah, teka-teki siapa yang akan mentadbir negara ni untuk lima tahun akan datang dah pun diketahui.  Memang lambat weh.  Selama aku ambil tahu tentang dunia politik ni,  ini pertama kali pengumuman selewat ni.  


Dan semalam, 9 Mei 2018, adalah pertama kali aku melaksanakan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia,  mengundi untuk memilih siapakah yang akan memimpin negara.  Kalau PRU13,  umur aku kalau ikut tahun dah cukup,  tapi disebabkan ikut bulan,  maka tak cukup la umur aku. Hehehehe... 


Pertama kali mengundi,  aku rasa biasa ja.  Excited saja sepanjang perjalanan nak ke SK Alor Pongsu tu. Tapi bila dah nama dipanggil dan dapat borang undian tu, aku jadi takut.  Aku takut nasib dan masa depan aku dan anak cucu aku nanti walaupun cuma untuk lima tahun.  Sebabnya,  lima tahun tu macam-macam boleh jadi. 


Walaupun secara awalnya aku dah ada pendirian aku untuk memilih satu parti tu,  tapi disebabkan ada beberapa isu yang aku tak sokong di Parti A, dan Parti B ada kelebihannya yang tersendiri, maka aku jadi confius. Dan dalam masa sama, aku rasa takut. 


Apa pun,  tahniah pada Pakatan Harapan yang memenangi PRU14 dan semoga mentadbir negara dengan baik. 

Tiada ulasan: