Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 Mei 2018

Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad


Dekat satu hari selepas membuang undi,  akhirnya Malaysia memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ke-7. Siapa sangka,  bekas Perdana Menteri yang ke-4 kembali menjadi Perdana Menteri,  cuma dari 'kapal' yang berbeza. 


Sungguh,  aku rasa sebak tadi bila tengok majlis angkat sumpah Perdana Menteri ni tadi.  Dalam umur lebih 90 tahun,  Tun Mahathir sanggup untuk bekerja semula, bukan untuk diri sendiri,  tapi untuk negara dan rakyat.  Patutnya,  dalam usia macam ni,  Tun Mahathir berehat bersama keluarga dan anak cucu,  tapi demi rakyat,  Tun Mahathir kembali ke arena politik. 


Kalau masa Tun Mahathir letak jawatan tahun 2003, rasanya masa tu aku darjah 6 kalau tak silap.  Masa tu aku tak ambil kisah pun pasal politik ni semua.  Tapi bila aku dah mula ambil tahu pasal politik, cuma aku menyanjungi Tun Mahathir sebagai idola.  Dari situ,  aku mula membaca buku-buku dan coretan yang berkaitan Tun Mahathir.  Boleb dikatakan buku yang berkaitan Tun Mahathir,  aku akan beli dan baca. Bila dah baca,  aku lagi hormat Tun Mahathir. 


Bila membesar di bawah dua kepimpinan Perdana Menteri sebelum ni,  aku rasakan yang dorang masih belum setanding dengan Tun Mahathir.  Memang betul,  jangan samakan pemimpin sedia ada dengan pemimpin terdahulu sebab setiap pemimpin ada acuan tersendiri. Tapi,  entah la,  mungkin sebab aku dah pasakkan dalam otak aku,  Tun Mahathir the only one yang boleh mentadbir negara dengan baik. 


Bila tengok tadi,  aku jadi sebak.  Semoga ianya dipermudahkan untuk Tun Mahathir mentadbir negara walaupun mungkin untuk sementara.  Aku tak tahu.  Cuma aku doakan yang terbaik untuk Malaysia. 

Tiada ulasan: