Life Is A Drama..

Logo KBBA

15 Mei 2018

Itu Sekadar Mimpi

Saat kau pejamkan mata,  

Bayangkan kau berada di syurga, 

Semuanya indah belaka, 

Walau kau sedar ia sekadar mimpi cuma. 


Saat kau menangis di dunia, 

Hingga tiada lagi titisan air mata, 

Ukirlah senyuman yang terlihat di mata, 

Walau disudut hati kau terluka. 


Tiada manusia yang sentiasa gembira, 

Yang hidupnya penuh gelak tawa, 

Pasti ada cebisan hati yang berduka, 

Yang tak terlihat dek mata  manusia. 


Tak perlu dicanang seantero dunia, 

Cukup sekadar kau yang merasa, 

Kerana manusia lain hanya bisa berkata, 

'Bersabarlah,  ini semua dugaan dunia'. 


Tapi yang berduka itu engkau, 

Yang bersedih itu engkau, 

Yang meraung sedih itu engkau, 

Bukan mereka,  tetapi engkau. 


Bertahanlah, 

Sesungguhnya itu semua sementara, 

Pasti berakhir dengan penuh gembira, 

Jalan berliku berakhir tiada, 

Anggap itu semua mimpi, 

Saat kau terjaga, semuanya hilang sekelip mata, 

Yang ada hanya mereka di sisi, 

Yang menyayangi untuk terus bersama.

Tiada ulasan: