Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Mei 2018

Dah 9 Tahun

Kalau korang friends dengan aku dekat Facebook,  mesti korang akan perasan dengan sorang kawan aku nama Kiyah kalau aku dok mention dekat FB tu. Untuk pengetahuan korang,  Kiyah ni salah sorang sahabat aku,  dan tak over kalau aku cakap dia ni aku dah anggap macam keluarga aku sendiri. 


Dari 2009 kami berkawan,  sejak aku Diploma di Penang.  Macam-macam dah kami berkongsi.  Rahsia dia bercinta dengan sapa,  dia bergaduh dengan sapa,  sentap dengan sapa.  Semuanya aku tau.  Sama juga, dia pun banyak tau pasal aku. 


Kamk sekelas selama 3 tahun masa Diploma Pengurusan Pelancongan dekat UiTM Permatang Pauh kemudian terpisah sebab dia sambung study dekat Melaka dan aku dekat Shah Alam.  Cuma kalau ada kesempatan ja,  kami akan jumpa dan saling kutuk mengutuk.  Hahahaha.. Kalau tak kutuk sesama sendiri,  kami kutuk orang yang kami tak suka.  Well, you know who you are.  


Malam ni,  sambut birthday dia. Surprise sikit sebab dia tak tau aku,  sha and kawan baik dia,  Ain ada sekali.  Kami bagi alasan bukak puasa sorang-sorang or dengan family masing-masing.  


By the way,  thanks for Best Western i-City Shah Alam for the surprise for her.  Sekali dengan berbuka puasa.  Makanan serius sedap dan kalau tak hujan,  dapat tengok view i-City.  I will recommend this place to others.  


Pada kiki, aku doakan semoga Allah permudahkan urusan hang dunia akhirat, dimurahkan rezeki serta bahagia dengan keluarga tersayang.... 

Tiada ulasan: