Life Is A Drama..

Logo KBBA

28 Mei 2018

Buffet Ramadan Di IKEA

Kalau sebut IKEA, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang? Mesti perabot yang cantik-cantik dan meatball, kan? Ke ada benda lain yang terlintas di fikiran korang? 


Semalam,  aku dengan geng Little Sweet Family pergi ke IKEA untuk berbuka puasa.  Dah lama plan nak berbuka puasa sekali,  tapi hari ni baru dapat. Dari tahun lepas lagi aku dah tahu yang IKEA ni ada buffet Ramadan, tapi tak berkesempatan nak pergi pun.  Iya la,  nak ajak kawan-kawan lain,  ada yang jauh dan ada yang dah ada perancangan sendiri.  Tapi tahun ni,  rezeki untuk berbuka puasa kat sini. 


Okay,  kalau korang nak berbuka puasa dekat sini, korang kena datang untuk beli tiket awal.  Korang tak boleh walk-in.  Kalau walk-in pun,  ikut nasib la kalau ada rezeki korang.  Harga pun tak mahal,  cuma RM35 seorang untuk dewasa.  Tiket korang boleh beli dekat kaunter foodcourt di IKEA.  Korang jugak akan dapat baucar RM10 dengan setiap pembelian kupon. 


Pilihan makanan? Walaupun tak banyak pilihan,  tapi masih kena dengan selera aku.  Macam aku pergi ni,  ada nasi kerabu,  ayam kuzi (kalau tak silap), rendang daging, meatball, fish fillet, kuih-muih, kueteow goreng dan air. Korang makan la sampai jemu.  Hehehehee... 


Nasi kerabu dan rendang daging dia memang sedap gila.  Antara nasi kerabu terbaik yang aku pernah jumpa dekat KL.  Cumanya tak ada budu.  Ke aku yang tak jumpa.  Ada juga ulam-ulam untuk korang yang nak makan nasi putih.


Pasal tempat pulak,  korang jangan risau sebab IKEA dah blocked satu tempat tu khas untuk pelanggan yang datang untuk berbuka.  Jadi tak ada la tercari-cari tempat duduk untuk berbuka puasa.  


Insya Allah,  lepas ni boleh ke sini lagi sebab dengan harga RM35 tu, aku rasa sangat berbaloi.  Iya la,  sepinggan meatball 10 biji dah berapa dah kan,  tambah dengan menu lain lagi.  Memang berbaloi-baloi. 

2 ulasan:

nurkhairulnisa berkata...

Nak tanya- seawal mana patut pergi ke foodcourt ikea untuk beli tiket bufet?

Firzz Radzi berkata...

Macam saya, tengah hari saya dah pergi beli tiket. Kebetulan memang office dekat dengan ikea. Klau nak beli on the spot, saya tak pasti..mungkin dalam pukul 4 macam tu ada lagi kot..