Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 Mei 2018

Berjumpa Dengan Hamka Kereta Mayat

Masa aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 minggu lepas,  aku pun meronda la satu PWTC tu,  nak cari buku-buku yang menarik walaupun aku dapat rasa mungkiin aku takda masa untuk baca.  Tapi memandangkan aku dah agak lama tak beli buku,  so meronda jugak la aku dengan Cik Tunang. 

Tapi sayang,  lepas meronda dekat satu dua dewan,  aku masih tak jumpa buku yang menarik perhatian aku.  Buku yang aku beli pun dekat Booth Utusan,  itu pun sebab baru habis job blog dekat situ. Hehehe... Bila dah rasa macam bosan sebab tak jumpa buku menarik,  aku ajak Cik Tunang balik.  Tapi sebelum tu aku masuk ke satu dewan ni. Saja usha sebelum balik terus. 


Tengah aku duk usha buku tu, ada sorang mamat ni tegur untuk promosi dua buah buku ni sebab tu buku dia.  Dan sebelum ni pun,  memang aku ada cari buku-buku dia,  dan aku sendiri ada dah dua buah buku dia.  Kiranya aku nak jadikan koleksi la.  


"Dik, buku Kisah Anak Bini dengan Kisah Laki Bini tu saya tulis, "kata abang tu. 


" Eih,  abang Kereta Mayat ke ni? "tanya aku. 


Terus la menyembang dan aku cakap aku dah ada dua buah buku yang dia promosi tu.  Aku cuma cari buku pertama dia,  Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. Tapi dia cakap buku tu dah tak keluar dah.  


Bila dah sembang-sembang tu,  dia promosikan dua buah buku dia yang lain. Aku terus beli direct dari dia.  Buku tu memang aku dah perasan dekat kedai buku sebelum ni,  tapi aku tak beli sebab dah memang aim aku untuk beli buku lain.  


Bila dah beli direct dari tuan badan,  dapat la sign buku dia. Siap dapat lukisan comel lagi tau.  Kebetulan,  Hamka Kereta Mayat ni pun blogger, terus bertukar-tukar kad blogger dan sempat la aku tanya tentang disebalik kisah dalam buku-buku dia tu. 


Semoga perkenalan ni kekal la sampai bila-bila walaupun sekadar di media sosial. Amin.. 


Tiada ulasan: