Life Is A Drama..

Logo KBBA

13 Mei 2018

Berbuka Puasa Di Hype Motorsports Hotel, Kuala Lumpur

Tinggal seminggu je lagi lebih kurang untuk kita sambut puasa.  Dah dekat sangat dah. Mana yang belum ganti puasa tu,  cepat - cepat la ganti.  Takut tak sempat pulak nanti. 
Haa,  ni aku ada satu tempat nak cadangkan kat korang untuk bulan puasa nanti.  Dekat je pun. Masih dalam kawasan Kuala Lumpur.  Aku pun tahu hotel ni di rebrandingkan.  Kalau sebelum ni dikenali sebagai Nouvelle Hotel, sekarang ni dah dikenali sebagai Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur.  Terletak sebelum plaza tol Sungai Besi. Ala,  tepi highway je pun. Senang gila nak cari. 
Pilihan menu dengan sajian menu ala kampung,  mesti korang suka punya la.  Sebab harga pun murah gila,  cuma RM58 je seorang.  Paling murah setakat ni yang aku jumpa dengan pilihan menu yang banyak.  Sedap pun boleh tahan.  
Yang menarik bagi aku dekat sini,  parking senang dan yang penting, suasana dia selesa sebab luas.  Pilihan lauk-lauk ala kampung yang sedap macam sambal udang petai,  kari ayam ala utara,  kambing golek,  ulam-ulaman dengan pilihan sambal belacan,  pasembur, dimsum dan banyak lagi la.  
Jadi,  korang boleh letakkan Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur ni sebagai salah satu lokasi untuk korang berbuka puasa tahun ni.  Insya Allah menepati citarasa korang.  

CAHAYA RAMADHAN HYPE HOTEL KUALA LUMPUR

Early Bird : RM48/nett (1 APR - 15 MEI)
Normal Price : RM58 /nett (Dewasa) 
RM 28 /nett (6-12 tahun)

1 ulasan:

qaseh dalia berkata...

banjeee plisss