Life Is A Drama..

Logo KBBA

20 Mei 2018

Allah Ganti Yang Lebih Baik

Bila kita kehilangan sesuatu yang memang dah ditakdirkan bukan milik kita,  kita akan selalu persoalkan atau menyesal,  bahkan mungkin juga sedih gila.  Tapi bila Allah dah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik,  kita lupa dengan apa yang dah terjadi sebelum tu.  Itu lumrah kita sebagai manusia. Di saat senang,  kita lupa dengan semua yang ada,  tapi bila susah,  baru kita mula mencari dia. 


Contoh yang aku sendiri lalui tadi.  Aku dapat request dari Bandar Utama ke Cyberjaya masa buar Grab.  Tambang memang 'sedap' la walaupun Grabpay. So dalam perjalanan tu,  aku fikir,  dekat Cyberjaya tak banyak ping. Tak apa la,  aku tunggu je la memandangkan aku nak berbuka puasa dekat rumah Cik Tunang.  Alang-alang je kan.  


Lepas drop off,  aku lepak tepi jalan dalam 10 minit sementara tunggu ping.  Dapat ping dari MMU ke Alamanda Putrajaya dengan tambang RM23. Aku agak happy sebab at least, Alamanda tu banyak sikit ping.  Tapi,  masa aku on the way tu,  request cancel.  Aku dah mula mengeluh sebab nak tunggu ping agak lama. 


Terus aku stop tepi jalan sambil main fon.  Tak sampai lima minit,  terus dapat ping ke Kepong dengan tambang hampir tiga kali ganda dari ke Alamanda tadi dan tak jauh dari tempat aku stop.  Laju je aku drive ke sana.  


Alhamdulillah,  dia tak cancel request. Nasib la penumpang tu rajin menyembang.  Takda la krik-krik sangat 40 minit aku drive tu.  Alhamdulillah. Dari Kepong,  aku terus ke rumah Cik Tunang.  


Kadang-kadang, kita ni tak sedar dengan aturan yang Allah dah aturkan untuk  hidup kita.  Kita mula persoalkan bila apa yang kita inginkan tu,  tak dapat kita miliki.  Bukan sekali ni aku alami,  tapi banyak kali dan banyak lagi perkara lain.  Kalau dah tertulis itu bukan milik kita,  jangan terus mengeluh, tapi yakin dan percaya ada sesuatu yang lebih baik akan menanti kita sebab Allah dah aturkan yang indah-indah untuk hambanya. 


Tiada ulasan: