Life Is A Drama..

Logo KBBA

25 April 2018

Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya


Macam korang tahu,  dekat Putrajaya ni banyak sangat taman-taman yang menarik dan cantik sama ada untuk korang berkelah,  rekreasi atau ambil gambar.  Contohnya Taman Botani,  Taman Warisan dan banyak lagi.  Aku pun cuma tahu satu dua taman je. Itu pun sebab kebetulan aku pergi atau pun sebab pergi dengan KBBA9.  


Baru ni,  Cik Tunang aku ajak ke Taman Saujana Hijau dekat Presint 11 Putrajaya.  Aku pun tak tahu tentang taman ni sebab tak pernah dengar.  Tapi sebab dah Cik Tunang ajak ke sini,  aku pun tanya Encik Google untuk tengok dulu tempat ni.  Cantik ke tidak.  Bila tengok gambar,  macam cantik.  Iya la dekat Google kan,  semua cantik. Aku pun tak letak expectation yang tinggi sebab selalunya,  yang realiti ni lain sikit.  


Bila sampai, aku tergamam sikit sebab tempat ni cantik gila.  Sesuai untuk korang ambil gambar yang bermacam-macam.  Lepas tu orang tak ramai sangat.  Mungkin sebab aku pergi hari bekerja. Itu pun ada budak-budak tadika dan ada yang buat fotoshoot dekat sini. 


Tapi seriously,  tempat ni memang cantik.  Dengan ada satu astaka tu,  lagi cantik.  Kalau buat pre wedding  ke,  post wedding punya gambar pun cantik.  Tempat dia pun bersih dan dijaga rapi.  Cuma masa aku dan Cik Tunang pergi,  kami tak explore sangat sebab lepas selesai bergambar,  terus cabut dari situ sebab nak tengok wayang dan pergi makan.  Lapar derrr sebab dari pagi tak makan. 


Kalau korang nak datang bergambar dekat sini,  jangan risau sebab banyak spot-spot menarik dan cantik untuk korang.  Kalau datang nak berkelah pun okay sebab ada satu kawasan lapang tu memang lawa dan selesa.  Cuma dekat kawasan tu,  aku tak pasti ada tandas dan kemudahan lain atau tak. Rasanya ada,  sebab aku tak explore habis hari tu.  



Jadi,  korang jangan risau nak cari tempat untuk photoshoot atau berehat hujung minggu.  Sebab Taman Saujana Hijau ni memang tempat sesuai untuk korang tenangkan fikiran. 

1 ulasan:

Izyan Balqis berkata...

memang selalu dengar tentang taman ni, tak berkesempatan lagi nak pergi dan bergambar, teringin nak ke sana