Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 April 2018

Sos Samyeang Dari Domino's Pizza


Haaaa,  siapa antara pembaca blog aku ni suka sangat dengan Samyeang? Mesti ramai kan,  terutamanya yang minat drama-drama Korea.  Kalau korang tak tahu,  tipu sangat la.  Paling tidak pun mesti korang pernah makan maggi Samyeang tu kan?? 


Baru ni aku ke Domino's Pizza sebab dorang dah keluarkan Samyeang Pizza dan Ayam-Haseyo, dua bulan lepas kalau tak silap aku dan bagi sesiapa yang minat Samyeang dan penggemar pizza,  mesti korang dah rasa.  Tapi kali ni,  disebabkan dapat sambutan yang menggalakkan,  Domino's Pizza memperkenalkan Samyeang Sauce untuk korang nak tambah lagi kesedapan bukan saja pizza,  tapi makanan lain. 


Kalau sebelum ni korang cuma boleh rasa kemanisan dan kepedasan Samyeang dalam pizza dan mee segera ja,  kali ni dah ada sos Samyeang khas untuk korang yang disediakan oleh Domino's Pizza.  Jadi,  kalau korang suka rasa pedas yang lebih,  korang boleh pesan Samyeang Tuna Pizza,  Samyeang Chicken Pizza,  Samyeang Beef Pizza  dan Ayamhaseyo yang dah ada sebelum ni dekat Domino's. Lepas tu cicah pulak dengan Samyeang Sauce, mesti lagi terangkat sebab aku dah cuba.  Tapi kalau korang tak tahan pedas,  cukup la makan Samyeang Pizza tu je sebab itu pun dah cukup pedas.  Kalau korang nak extra pedas,  kena tambah sos tu la.  


Harga Samyeang Sauce ni pun tak mahal, kalau korang beli dengan add-on purchase,  harga cuma RM19.90 sebotol,  dan cuma RM24.90 kalau a la carte. 


Kalau korang nak makan sorang Samyeang Pizza ni pulak,  korang boleh beli personal size Samyeang pizza dengan harga RM3.90 secara on-line dan take away,  dan kalau korang beli dekat kaunterz harga cuma RM4.90 pada Super Tuesday Promo. 


Haaaa... Ada lagi satu aku nak cerita.  Apa yang best tentang Samyeang Sauce ni,  korang bukan je boleh makan dengan pizza je,  korang boleh pelbagaikan lagi macam ayam masak merah,  mee goreng,  ikan bilis bawang with Samyeang,  ikan bawal with Samyeang dan macam-macam lagi. Buat sos cicah pun boleh jugak macam keropok lekor,  nachos, fries.  Banyak lagi la sebab kita nak #Samyeangkan makanan ni. 

5 ulasan:

Eyqa Hasnan berkata...

Murah je lah take-away RM3.90. Balik office kang boleh beli Samyeang Pizza nie

Dura Norell berkata...

Cam sedap je ni.. boleh lah try order sebelum bulan puasa ni :)

mas saari berkata...

Esok gaji nak beli dominos lah.

ai berkata...

Fuhhh pedas.. leleh air mata makan..

Izyan Balqis berkata...

macam pedas jer, tapi teringin nak try!