Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 April 2018

PRU 14 : Undi Parti Atau Undi Calon?


Fuhh,  lepas SPR umumkan bila tarikh penamaan calon,  pengundian awal dan hari mengundi,  90 peratus dari status kawan-kawan di social media aku,  semuanya tentang PRU.  Tapi semuanya bising sebab hari mengundi jatuh pada hari bekerja.  Hahaha... Rabu, 9 Mei tu dah tentu diberi cuti peristiwa,  tapi nak menghadap balik kampung dan kembali ke bandar tu yang masalah.  Jammed oiii. 


Aku yang first time nak mengundi,  awalnya memang semangat nak balik kampung,  tapi bila dah jatuh hari bekerja,  adoiii,  jadi tak semangat pulak,  dah la tahun ni nak kena jimat cuti.  Banyak perancangan ni nak kena buat.  Belum masuk lagi untuk benda-benda yang mengejut. 


Tapi sebagai orang yang pertama kali nak mengundi,  aku terfikir, aku nak undi calon atau aku nak undi parti? Ada baik buruk dia kalau aku undi salah satu.  


Undi calon yang boleh buat kerja adalah satu kelebihan untuk terus bawa suara rakyat.  Tapi,  kalau kita silap mengundi calon yang tak boleh buat kerja, yang hanya pandai mengampu,  tak guna jugak.  Macam mana kita nak tahu dia boleh buat kerja untuk rakyat? Kita tengok sepanjang tempoh lima tahun tu,  ada dia turun tengok rakyat? Atau cuma masa PRU ja baru nampak muka? Kalau yang kedua tu,  boleh ucap selamat tinggal kot. Dalam setandan pisang,  tak semuanya elok.  Kadang-kadang pemimpin di atas elok,  tapi yang dibawah ni membuat onar.  Tambah lagi kalau calon yang dipilih tu buka  calon pilihan.  Atau calon yang tak buat kerja. 


Tapi kalau nak undi disebabkan parti.  Pun ada masalah jugak.  Kalau parti bermasalah,  macam mana nak tarik undi rakyat untuk mengundi satu-satu parti tu? Pemilihan parti untuk memimpin negeri atau negara tu penting.  Sebab kita akan dipimpin parti tu dalam tempoh lima tahun. Memang betul setiap parti ada masalah, tak dinafikan,  tapi kita tengok macam mana parti tu selesaikan masalah.  Selesaikan secara perbincangan atau selesaikan dengan cara lain. 


Apa pun,  undi adalah rahsia.  Terserah pada pandangan dan pendirian masing-masing.  Mungkin ada yang dapat mengagak aku akan mengundi mana,  tapi mungkin jugak korang salah.  Hahaha.. Sebab undi adalah rahsia... 

Tiada ulasan: