Life Is A Drama..

Logo KBBA

30 April 2018

Penampilan Istimewa KBBA9 Di Booth Kumpulan Utusan


Siapa dah pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018)? Ke korang tak tahu yang PBAKL dah start Jumaat lepas? 


Semalam,  aku dengan beberapa lagi blogger dari KBBA9 dijemput untuk buat penampilan istimewa di booth Kumpulan Utusan sempena PBAKL 2018. Alhamdulillah,  kami diberi peluang untuk mempromosikan blog masing-masing dan bercerita mengenai blog sendiri.  Pertama kali sebenarnya bagi aku bercakap mengenai blog aku di khalayak ramai. Terima kasih Kumpulan Utusan atas peluang ni. 



Haaa,  lupa aku nak cerita, kalau korang datang ke  Dewan Tun Razak 3 sempena PBAKL kali ni,  jangan lupa singgah ke booth Kumpulan Utusan. Masuk je pintu Dewan Tun Razak 3 ni,  terus jumpa booth ni.  Banyak gila promosi dan diskaun. Harga murah gila.  Lepas tu,  korang akan dapat baucer KFC kalau membeli lebih dari RM20 di sini. 


Kalau korang nak beli buku mengikut pakej pun ada.  Contohnya,  korang beli Pakej Islamik,  kalau beli a la carte,  harga keseluruhan beberapa buah buku tu dalam RM160, tapi kalau beli pakej,  korang cuma bayar RM80 je,  siap dapat beberapa barangan percuma lagi tau.  Gila tak menarik... Ada pakej Kanak-kanak,  Pakej Masakan dan beberapa pakej lain. 


Selain dari tu, ada cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya adalah penginapan dihotel Sunway.  Gila kau,  bila lagi nak merasa kan.  Mana tahu rezeki korang. 


So jangan lupa singgah ke booth Kumpulan Utusan tau kalau ke PBALL 2018. rugi woi kalau tak datang.

Tiada ulasan: