Life Is A Drama..

Logo KBBA

08 April 2018

Parti Pilihan Aku Untuk PRU-14


Parlimen baru ja dibubarkan Sabtu lepas untuk PRU ke 14 yang hanya menunggu masa untuk diumumkan.  Mungkin sehari dua lagi baru kita tahu bila tarikh penamaan calon dan mengundi.  Semuanya pakat tak sabar.  Pakar-pakar politik pun dah ramai lahir sejak pengumuman Perdana Menteri Jumaat lepas.  


PRU kali ni adalah pertama kali aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai pengundi.  Sebelum ni aku cuma dapat tengok je la macam mana suasana mengundi. Aku pun dapat join sekali masa penamaan calon PRU lepas.  Lepas tu dapat merasa suasana pilihanraya masa PRK Kuala Kangsar. 


Parti mana yang aku nak undi? Yang memerintah sekarang atau sebaliknya? Pilihan aku untuk PRU ni,  aku tak tahu nak pilih parti mana.  Ada baik buruk dalam kedua-dua parti sekarang. Baik kerajaan mahupun pembangkang.  Untuk pilih yang sedia ada,  rasanya semua pun tahu apa yang berlaku dan sedang berlaku termasuk isu yang belum selesai.   Nak pilih yang satu lagi, hal dalaman pun masih ada yang tak selesai,  macam mana nak tadbir negara kalau antara 'rakan-rakan' dalam parti pun masih berbalah.  Jadi aku makin keliru. 


Sebetulnya,  lepas aku dah tak bekerja sebagai wartawan sejak setahun lepas,  aku dah tak berapa ambil tahu pasal politik negara.  Kalau masa kerja wartawan dulu,  kena ambil tahu sebab nak kena tulis berita.  Tapi kalau sekarang, setakat tahu-tahu macam tu je la.


Kalau tengok manifesto,  pasti aku akan kena kencing manis sebab terlalu banyak gula-gula yang sudah dan akan ditaburkan seminggu dua ni.  Jadi nak buat macam mana? Kesemua parti akan bagi janji manis sebab nak pikat hati pengundi.  Pengundi jugak akan buat pilihan dan kalau tersalah pilih, lima tahun terpaksa menanggung akibat. 


Parti mana yang aku akan pilih? Tengok keadaan la macam mana nanti. Mungkin yang sedia ada,  mungkin jugak sebaliknya. 

1 ulasan:

Asyiqin berkata...

Buat pilihan yang bijak. InsyaAllah :)