Life Is A Drama..

Logo KBBA

29 April 2018

Masakan Bonda Di Dorsett Kuala Lumpur


Bila sampai bulan puasa,  mesti kita nak cari masakan yang ala-ala kampung kan,  terutamanya yang duduk jauh dari family.  Nak cari makanan sebijik macam air tangan mak,  memang susah la, so kena cari yang ala-ala masakan mak. Kali ni tak susah,  aku nak cadangkan korang ke Checkers Cafe di Dorsett Kuala Lumpur. 


Dengan lebih 100 hidangan, Dorsett Kuala Lumpur kalo ni menyediakan 13 signature dish yang bertemakan 'Masakan Bonda' untuk korang.  Memang kena la tekak kampung aku ni.  Yang menariknya,  13 menu utama tu datang dari setiap negeri dekat Malaysia ni,  sesuai la untuk korang yang teringin macam-macam tu. 


Dari Daging Salai Masak Lemak Cili Api,  Ikan Patin Tempoyak,  Kari Kepala Ikan, Rendang Ayam Minang, Ikan Siakap dan Ikan Merah Bakar,  Telur Itik Gulai Belimbing Buluh dan banyak lagi.  Memang aku rasa pure kampung la masakan ni.  Selain dengan ada kuih-kuih traditional Melayu yang lain.  


Tapi sampai sekarang,  aku dok teringat lagi daging salai masak lemak cili api tu.  Serius sedap sebab pekat dan pedas dia.  Daging dia pun lembut. Lauk lain pun sedap gila. Kalau tak,  aku takkan berulang ambil untuk ratah lauk je.  Hehehehe... 


Lagi satu yang menarik dekat Checkers Cafe ni,  air istimewa,   Jus Kurma Madu dan Badam.  First time aku jumpa air ni dan aku suka.  Bertambah jugak air ni walaupun banyak lagi air lain dekat sini.  


Untuk pencuci mulut.  Korang jangan risau.  Selain dari kuih muih Melayu,  ada jugak dessert lain macam serawa durian, ais kacang dan Ais krim potong. Puding dan lain-lain pun ada jugak. 


Kalau korang nak berbuka puasa kat sini,  harga dia pun tak mahal,  tambah lagi kalau korang book awal. 


Early Bird : RM20 Off Normal Price (sebelum 12 Mei) 

Normal Price : RM118

Kanak-kanak (4-12 tahun),  Warga emas (55 tahun ke atas)  : 50 percent off

2 ulasan:

Izyan Balqis berkata...

fehhhh...terliur habis ni!

Asyiqin berkata...

sedap2 menu semuanya!