Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 April 2018

Makin Berusia, Makin Nak Dekat

Dulu masa aku SPM, aku teringin sangat nak belajar jauh.  Jauh dari kampung dan keluarga.  Tak tahu la kenapa.  Mungkin sebab aku tak pernah berjauh dengan keluarga untuk satu tempoh yang lama, jadi aku teringin nak rasa macam mana agaknya rasa tu.  Hahahaha... 


Tapi lepas SPM,  aku sambung Diploma di UiTM Permatang Pauh.  Tak jauh pun,  cuma sejam je dari kampung aku.  Masa aku semester satu,  boleh kata dua minggu sekali aku balik naik bas.  Itu baru semester satu.  Masa aku menyewa dekat luar dan dah ada motor sendiri,  tiap-tiap minggu aku balik, kalau tak ada aktiviti apa-apa la.  Kalau ada aktiviti,  memang aku tak balik la.


Aku rasa jauh sikit pun masa aku sambung belajar dekat Shah Alam.  Itu pun pantang ada cuti panjang sikit,  aku balik kampung.  Walaupun kalau aku balik kampung pun,  aku tak buat apa just duduk kat rumah je,  tapi itu satu kepuasan. 


Bila dah start kerja kat Ipoh,  lagi kerap aku balik.  Sebab duduk kat Ipoh pun tak buat apa. Maka merempit la aku tiap minggu balik kampung. Pernah jugak aku dari kampung terus masuk kerja.  Hahahaha... 


Sekarang ni bila dah kerja dekat Damansara dan makin jarang balik kampung,  aku rasa macam tak best pulak jauh dengan keluarga.  Hahaha.. Rasa macam nak cari kerja yang dekat-dekat ja dengan kampung.  Tapi nak buat macam mana,  rezeki tertulis dekat sini, kena la jugak kan terus menetap dekat sini. 


Sekarang baru aku tahu kenapa orang yang merantau sangat rindukan kampung. Iya la, bak kata pepatah,  hujan emas di negeri orang,  hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 

2 ulasan:

Cik Min berkata...

MANJA!!!

Izyan Balqis berkata...

huhu, itulah lumrahnya, dulu membuak2 nak dduk jauh dri fmly, dah jauh xsbar2 nk balik...huhu