Life Is A Drama..

Logo KBBA

25 April 2018

Dengar dulu...


Aku cukup pantang dengan orang yang tak nak dengar dulu penjelasan bila melibatkan satu-satu perkara.  Tak kisah lah bab kerja atau peribadi.  Sekurang-kurangnya dengar lah dulu penjelasan untuk orang tu bela diri dia.  Lepas tu baru buat keputusan. Aku tak kisah dengan keputusan yang dibuat walaupun aku di pihak yang benar. 


Tapi bila buat keputusan melulu,  terus menuduh tanpa usul periksa,  serius,  aku pun tekanan. Bila aku dituduh kononnya melangkaui perkara yang aku tak buat,  siapa tak tension? Tapi disebabkan rasa hormat,  aku cuma dengar dan hanya mampu cakap 'minta maaf' walaupun aku rasa,  aku tak perlu pun minta maaf. 


Jenis aku,  kalau ada masalah kawan-kawan. Aku akan dengar dulu.  Kalau ada dua orang kawan aku yang bergaduh walaupun kawan baik,  aku akan dengar dua-dua pihak dan kemudian baru buat keputusan dan menegur apa yang patut.  Dengar atau tak,  itu terserah pada mereka.  Atau jalan selamat,  aku takkan keruhkan lagi keadaan dengan bersangka baik. Aku tak nak berat sebelah walaupun kawan baik aku. 


Entah la,  kadang-kadang serius aku tak faham bila aku dituduh secara melulu.  Aku tak diberi peluang untuk bercakap bila secara terus menerus aku dimarah.  At least bagi aku explain dulu apa yang jadi dan baru buat keputusan..nasib badan la... 

Tiada ulasan: