Life Is A Drama..

Logo KBBA

28 April 2018

Dashing Sport Khas Untuk Lelaki Aktif


Sejak dua tiga minggu ni, aku banyak bergerak dan ada kerja luar. Tambah lagi, agak sibuk untuk persiapan menjelang hari bahagia aku. Hehehehe.. sebagai pengguna setia Dashing, memang aku sentiasa mencari deodorant terutamanya dari Dashing sebab selesa dan badan terasa segar sepanjang hari.
Baru ni, Dashing mengeluarkan produk penjagaan diri khas untuk lelaki yang aktif iaitu Dashing Sport, iaitu Deodorant dan juga Eau De Toilette atau Bahasa mudahnya, minyak wangi. Sesuai untuk mereka yang senang berpeluh. Seperti produk keluaran Dashing yang lain, keluaran terbaru ni mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin tapi masih mengekalkan ciri esen moden.

Macam aku la, sejak kebelakangan ni, agak senang berpeluh sebab kelam kabut buat kerja. Walaupun cuma sekejap dekat luar, tapi berpeluh jugak la. Selalunya, bila dah berpeluh tu, mula la ada bau-bau yang tak menyenangkan. Kalau aku yang tak aktif bersukan ni pun tak selesa, macam mana dengan dorang yang aktif bersukan?
Nasib baik Dashing keluarkan dua produk baru untuk mereka yang aktif, tak kira la aktif dalam sukan ke, yang senang berpeluh ke, Dashing Sport ni memang sesuai gila dengan aku. Deodoran ni dapat bantu mengawal bau badan dan dalam masa sama, aku pun yakin untuk pergi jumpa orang lepas berpeluh tu, sebab tak berbau. Eau De Toilette pulak memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Dan aku perasan, bau tu kekal la sampai aku balik kerja.

Aku nak cerita sikit tentang Dashing Sport ni, kalau sebelum ni Dashing keluarkan MCFC Hattrick dan Ultimate Kick (klik sini), tapi kali ni, Dashing Sport keluarkan produk terbaru dorang, iaitu Hitman dan Golden Boot yang terdiri dariapda deodorang semburan badan dan Eau De Toilette.
Selain bagi perlindungan 24 jam, Dashing Sport ni juga berikan manfaat 6 dalam satu yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau baju dan dalam masa sama, memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING Hitman
Ddicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING Golden Boot
Mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Jangan lupa dapatkan segera keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport yang boleh didapati dengan harga RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml 

4 ulasan:

Asyiqin berkata...

murah je harganya, boleh minta suami try nanti.

Salina Johari berkata...

Best sangat bau Dashing yang baru ni..husband K.Sal pun pakai gak

Nadia Johari berkata...

nak cari untuk husband..dia punya peangi pun nak habis dah..suka dshing ni

Aku Penghibur berkata...

murah dan berkualiti dan wangi,,,terbaiklah