Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 April 2018

Cari Orang Yang Sama Masalahnya

Bagi aku,  bila aku ada masalah,  aku akan cuba selesaikan sendiri selagi aku boleh selesaikan. Bukan apa, malas nak menyusahkan orang lain ya g dah tentu ada masalah lagi besar dari apa yang aku hadapi. 

Tapi kalau dah betul-betul aku tak boleh nak hadapi,  baru aku cari orang lain untuk tolong aku. Bukannya untuk selesaikan masalah aku,  tapi sekadar untuk mendengar dan bagi pandangan.  Kalau tak dapat bagi pandangan sekalipun,  dapat dengar masalah aku pun dah cukup.  Selalunya,  aku tak suka untuk berbincang di Whatsapp,  sebab tak puas untuk bercerita.  Aku lebih suka kalau bersembang secara berdepan. Ada kepuasan sebab berdepan dan dapat dengar secara terus. 

Macam baru ni,  aku ada fikirkan sesuatu. Aku dah lama fikir tentang benda. Aku tak tahu nak cerita kat siapa walaupun ada yang tahu dan aku cerita serba sikit dekat Whatsapp, tapi tak puas sebab dorang tak berada di situasi aku walaupun dorang dah lalui benda tu. 

Fikir punya fikir,  aku jumpa seseorang yang dah alami benda yang aku fikirkan kebelakangan ni.  Jadi aku ajak kawan aku tu berjumpa dan dekat dua jam juga aku bersembang dan luahkan apa yang aku rasa.  Alhamdulillah, pandangan yang dia bagi tu aku dapat terima dengan baik.  Bila kita berkongsi masalah dengan seseorang yang dah alami masalah yang kita fikirkan,  kita jadi lebih yakin untuk hadapi semua tu. Sama ada kuat atau tak saja untuk kita hadapi. 

Alhamdulillah aku lebih tenang sekarang walaupun sesekali terfikir jugak. Takut memang takut,  tapi sampai bila.  Insya Allah, perancangan Yang Maha Esa tu lagi baik.  

Tiada ulasan: