Life Is A Drama..

Logo KBBA

13 April 2018

Berbuka Puasa Di Best Western i-City Shah Alam



Dalam sebulan lagi rasanya dah nak berjumpa bulan puasa pada tahun ni. Insya Allah kalau umur panjang. Tapi bila dah masuk seminggu berpuasa, mula la nak cari tempat untuk berbuka puasa dekat luar kan? Sesekali tu tak apa la. Kalau nak cari tempat yang menarik, aku nak cadangkan untuk korang ke Best Western i-City, Shah Alam.

Haaaa...korang jangan ingat i-City ni cuma famous dengan tempat lampu-lampu ja, tapi ada satu tempat yang memang sesuai untuk korang datang berbuka puasa dekat sini. Dengan tema 'Juadah to the World' di The View Cafe, korang boleh nikmati banyak pilihan untuk berbuka. Dan apa yang menarik, bagi aku la kan, semua menu-menu dia adalah mengikut selera kampung.


Ada dua pilihan tempat untuk korang berbuka, sama ada dekat dalam untuk suasana yang agak eksklusif, ataupun korang boleh berbuka puasa dekat luar untuk nak suasana yang lebih santai sambil tengok pemandangan i-City dari tingkat 5, Best Western.

Kalau hotel lain, dorang ada buat segmen-segmen untuk makanan tertentu, contohnya segmen untuk makanan Cina, makanan India dan makanan Melayu. Tapi dekat The View Cafe ni, semuanya diletakkan di satu tempat, jadi korang tak perlu dah nak berjalan ke sana-sini sambil mencari makanan yang korang nak makan. Just pergi satu tempat tu dan semua ada. 







Okay, antara menu utama yang korang boleh dapatkan kalau korang datang berbuka puasa dekat sini, kambing golek dengan nasi briyani, laksa Sarawak, satay, murtabak, roti John berinti dan yang bestnya, ada air kelapa dan coconut shake. Nyum-nyum.

Selain dari kuih-kuih tradisional yang memang banyak gila pilihan, ada juga spaghetti, ikan bakar, gerai mee, char kuew teow dan banyak lagi. 



Harga mahal tak? Tak mahal mana pun kalau korang book awal. Sangat murah dengan pelbagai pilihan makanan dekat sini.
Early Bird Promotion : RM89.00 (1April -25 April)
Normal Price : RM109.00 (Warga emas dan kanak-kanak RM59.00)
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-5521 9000 atau emel ke enquiry@bestwestern-icity.my

Tiada ulasan: