Life Is A Drama..

Logo KBBA

18 April 2018

Ber-Shellout Di Just Seafood


Siapa sini gila seafood? Udang,  ketam,  sotong, lala dan macam-macam lagi la.  Mesti ramai kan yang hantu seafood. Tambah lagi kalau makan beramai-ramai.  Lepas tu,  sekarang kan banyak kedai yang jual shellout.  Lagi seronok bila makan ramai-ramai dan berebut makan.  Rasa macam satu family besar. 


Kalau korang duduk di kawasan Petaling Jaya,  terutamanya dekat area Damansara,  aku nak cadangkan korang ke Just Seafood dekat Sunway Giza,  Dataran Sunway,  Kota Damansara.  Confirm korang yang hantu seafood akan puas hati makan dekat sini.  Sebab shellout dekat sini memang puas makan dengan kuah dia yang sedap dan digandingkan pulak dengan nasi lemak.  Hehehehe... Macam pelik,  nasi lemak makan dengan shellout,  tapi sedap derrr... 




Okay,  kalau korang nak tahu,  dekat Just Seafood ni ada beberapa pilihan kuah untuk shellout.  Antaranya sambal tumis,  durian,  salted egg dan Lousiania cajun . Cajun tu katanya top dekat situ dan dorang bermula dengan kuah tu dan terus dapat sambutan.  


Aku dapat rasa tiga kuah pada hari tu.  Sambal tumis,  cajun dan jugak salted egg.  Tapi pilihan aku kalau aku repeat ke Just Seafood,  sambal tumis dan salted egg. Serius sedap weh tambah lagi salted egg tu.  First time makan shellout macam tu.  Sebelum ni aku dah biasa dengan sambal tumis dengan masak lemak cili api. 


Kebetulan masa aku pergi tu,  ada Maria Tunku Sabri yang turut datang buat review.  Lagi berselera aku tengok dia makan.  Hehehe.. 


By the way,  untuk sambal tumis tu,  memang tak pedas sangat.  Sebab ada budak depan aku ni,  makan elok je,  siap bertambah lagi nasi.  So maksudnya,  kalau korang ada bawak budak kecil, memang dorang pun boleh makan.  Kalau korang nak pedas,  mungkin korang boleh request untuk nak pedas lagi.  Tapi yang penting selain sedap,  semua seafood tu fresh sebab aku dapat rasa kemanisan isi dia.  Memang lagi sedap aku makan. Hehehehe. Korang jangan lupa try tau... 

Tiada ulasan: