Life Is A Drama..

Logo KBBA

18 April 2018

Bengkel Videofon KBBA9 Bersama Kak Kay

Untuk tahun ni,  dah tiga kali KBBA9 buat bengkel. Bengkel fotofon, bengkel penulisan dan terbaru bengkel videofon.  Antara tiga bengkel ni, hanya bengkel videofon ja yang aku dapat pergi.  Yang lagi dua,  aku cuma bagi nama tapi terpaksa tarik diri disaat akhir atas sebab-sebab tertentu. 

Alhamdulillah,  dapat ilmu baru bila aku joined bengkel ni.  Mulanya aku rasa tak perlu kot aku joined bengkel ni sebab aku tak minat sangat pasal videofon ni,  tapi disebabkan tak ada nak buat apa Ahad lepas,  jadi aku pun joined la.  Kebetulan Ahad petang tu aku ada event lain, so joined je la kan. 
Rupanya,  ada banyak ilmu baru yang aku belajar dari Kak Kay.  Bukan ilmu videofon ja,  tapi ilmu-ilmu sampingan lain.  Cara dia berkongsi pengalaman pun seronok dengar.  Tak formal sebab program ni santai.  Bosan pun tak.  Haaa,  kalau korang nak tahu,  Kak Kay ni atau Kamalia Kamal ni pemilik kepada Photolicious.  Banyak gambar-gambar anak-anak artis dia ambik.  Jadi lagi banyak pengalaman yang dia kongsi.  


Lepas tu,  Kak Kay dan team dia jugak ajar macam mana nak edit video hanya menggunakan apps dia telefon.  Tak perlu dah nak guna laptop bagai.  Video pendek yang nampak macam senang. Tapi hakikatnya,  susah weh.  Tipu la kalau nak kata susah sangat tu,  tapi complicated sikit la. 15 saat punya video,  tapi nak bagi menarik perhatian tu,  banyak langkah-langkah yang nak kena buat. 


Apa pun,  bengkel ni memang bermanfaat bagi aku. Tambah lagi kalau ilmu dari orang yang berpengalaman luas dalam bidang yang memang dia mahir. Kak Kay jugak ada buat kelas tau.  Macam mana korang nak build branding korang dan macam-macam lagi.  Kalau nak,  korang boleh ke media sosial Kak Kay untuk hubungi atau nak tanya pendapat dan tunjuk ajar. 
Instagram : Kamalia Kamal
Facebook : Kamalia Kamal

4 ulasan:

mas saari berkata...

Ruginya tak dapat hadir, dahlah tak reti sangat ilmu edit video ni.

Dura Norell berkata...

Memang best join Bengkel Kak Kay ni. Byk tips dan teknik yg dia ajar utk buat videofon

Salina Johari berkata...

serious best !TQ KBBA9 ..sebab ilmu gini bukan mudah nak dapat

Emarieys berkata...

Hah, Kan dah tak rugi datang ke Bengkel ini..