Life Is A Drama..

Logo KBBA

22 Mac 2018

Sepetang Bersama Fazura di OneMusic Live Session : Fazura


Ahad lepas,  sambil-sambil nak relax-relax lepas penat kerja seminggu,  kebetulan aku ada dapat satu jemputan untuk ke showcase Fazura di Clarke Ballroom Le Meridien,  Kuala Lumpur.  

Sebelum ke event tu,  aku sempat la buat Grab kejap.  Lepas tu terus ke Le Meridien.  Ngam aku sampai terus masuk ke dewan.  Dapat seat VIP sebab media.  Hehehehe... 


Tapi sebelum tu,  aku dah dimaklumkan,  masa showcase berlangsung,  tak boleh ada sebarang live streaming sama ada Facebook,  Instagram,  Youtube dan sebagainya.  Rekod boleh,  tapi tak boleh buat live streaming.  Iya la,  sekarang ni ramai yang buat live kan. 

Bila fans dah mula masuk,  semuanya pakat tak sabar nak tunggu Fazura mula menyanyi.  Dan, selepas sejam menunggu,  tepat jam 4 petang, Fazura pun mula menyanyi dan peminat pun dah menjerit bila nampak Fazura menyanyi. 



Tapi sebelum tu,  kumpulan BacktoBasixx mulakan dulu persembahan pembukaan sebelum Fazura ambil alih pentas tu.  Memang havoc bila Fazura mula menyanyi. Lepas tu Aizat Hamdan pun ada sebagai artis jemputan. 

Fazura menyampaikan lebih kurang 6 lagu dari album dia yang dah dijual sebanyak 6,000 unit dekat pasaran.  Wowww... Sekarang ni bukan senang nak jual album ni sebab semuanya suka beli online atau download je.  Kalau melalui penjualan digital, album Fazura ni dah di stream lebih dari lima juta kali.
  


Dan dah tentu, semuanya pakat tunggu kemunculan Fattah Amin untuk nyanyikan lagu OST Hero Seorang Cinderella.  Sweet je aku tengok pasangan suami isteri ni.  Hehehehhe... Antara lagu yang dinyanyikan oleh Fazura ialah Sayangi Dirimu, Lalu,  Bisa Apa,  Cinta Langka, Nothing Like Pag-Ibig (Duet dengan BacktoBasixx), Hanya Tuhan Yang Tahu,  Bangun dqn Cinderella. 

Apa pun,  aku terhibur dan boleh layan showcase Fazura ni.  Dan dapat jugak selfie dengan Fazura walaupun terpaksa tunggu lama dan gambar agak shaking.  Hehehe....


Tiada ulasan: